Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Perbandingan Kamera iPhone X Dengan Galaxy Note 8, Mate 10 Pro, Dan iPhone 8 Plus

Ujian Cahaya Malap, Potret, Selfie & Kesimpulan


Cahaya Malap

Dalam ujian ini, beberapa objek diletakkan dalam satu persekitaran cahaya terhad yang merupakan cabaran terbesar untuk telefon pintar kerana saiz sensornya yang agak kecil. Untuk mengambil gambar, telefon terpaksa menaikkan tahap kesensitifan ISO. Tapi, ISO yang tinggi akan menghasilkan hingar yang akan mencacatkan gambar.

Dalam persekitaran malap, gambar dari lensa iPhone 8 Plus dicerap lebih panas berbanding tiga yang lain.

Untuk tahap hingar, Mate 10 Plus menguruskan hingar dengan lebih berkesan. Jika anda lihat pada gambar zum, hingar pada Mate 10 Plus dan Galaxy Note8 lebih halus berbanding kedua-dua iPhone. Tambahan pula, gambar daripada Android nampak lebih sejuk, konsisten dengan ujian warna dan HDR sebelum ini.


Portrait

Kesan bokeh biasanya dicapai menggunakan kamera yang lebih besar seperti DSLR melalui apertur dan jarak fokal yang panjang. Tapi, disebabkan ruang yang terhad, lensa berjarak fokal panjang tidak boleh dimuatkan pada badan telefon yang nipis sebaliknya konfigurasi dwikamera digunakan untuk menyelesaikan masalah itu.

Kesemua talefon berjaya menghasilkan kesan bokeh yang cantik pada masa kasar.

Tapi, jika pada mata jurugambar yang berpengalaman, masih ada kecacatan pada simulasi bokeh pada kesemua gambar ini. Misalnya, tiga daripada empat gambar gagal memisahkan latar jalan yang berada dibawah ketiak subjek. Hanya Mate 10 Pro berjaya mengenal pasti bahagian itu untuk dipisahkan.

Namun, semua telefon gagal mengasingkan jalan yang berada diantara jeriji pemegang tangan.


Swafoto

Swafoto adalah perkara penting terutamanya pada pengguna wanita. Swafoto yang baik adalah yang mampu membuang cela pada wajah dan pada masa yang sama mencerahkan kulit ataupun sekurang-kurangnya mengekalkan tona warna supaya tidak nampak gelap.

BACA  Gambar terbocor iPhone 12 ada kamera berbeza dari iPhone 11

Kedua-dua iPhone dilihat lebih gemar mengekalkan tona warna sambil menyuntik sedikit warna pekat pada hasil gambar untuk menjadikan kulit subjek kelihatan sedikit merah.

Sebaliknya, kedua-dua wakil Android lebih cenderung mencerahkan kulit dan white balance diletakkan di kawasan yang lebih sejuk berbanding iPhone.

iPhone X dan Mate 10 Pro memberi sedikit simulasi bokeh pada bahagian latar subjek untuk menonjolkan ciri-ciri menarik subjek. Tiada sebarang kesan bokeh boleh diliihat pada swafoto hasil daripada iPhone 8 Plus dan Galaxy Note8.


Kesimpulan

Apple iPhone X, iPhone 8 Plus, Huawei Mate 10 Plus, dan Samsung Galaxy Note8 memiliki kamera yang cemerlang. iPhone dilihat memiliki prestasi lebih baik dalam penghasilan imej HDR yang cantik. Mereka berjaya merakam butiran lebih banyak berbanding Android dalam situasi ekstrim gelap dan terang.

Pengiraan White Balance oleh kedua-dua telefon ini juga lebih baik sedangkan Android lebih berada pada spektrum sejuk. Ia boleh dilihat pada ujian swafoto apabila hasil imej daripada lensa iPhone kelihatan lebih semula jadi berbanding Android.

Tapi untuk keadaan dengan pencahayaan terhad, Android memberikan prestasi yang lebih baik dalam menguruskan kesan hingar akibat penggunaan ISO yang tinggi. iPhone pula mungkin mengenakan fungsi de-noise pada gambar mereka yang boleh dilihat pada hingar yang cair dan tidak berbutir-butir.

Kedua-dua Android cemerlang dalam kategori Makro kerana memiliki jarak minimum pemfokusan 2cm ataupun 1cm lebih baik berbanding iPhone.

Harga keempat-empat telefon yang kami uji dalam artikel ini adalah:

  • Apple iPhone X bermula RM5,149
  • Apple iPhone 8 Plus bermula RM4,149
  • Huawei Mate 10 Pro bermula RM3,099
  • Samsung Galaxy Note8 bermula RM3,999

Jika diberikan pilihan antara empat telefon ini, saya akan memilih Huawei Mate 10 Pro dek harganya yang jauh lebih murah daripada tiga telefon yang lain. Tambahan pula, antara muka kamera Huawei amatlah intuitif dan lengkap berbanding Apple yang sangat minimalistik dan hanya sesuai untuk amatur.

BACA  Kenapa Jangan Beli OnePlus Nord ?!

Note8 pula adalah peranti yang baik, cuma kapasiti baterinya yang agak kecil merencatkan pengalaman mengambil gambar untuk satu jangka masa yang panjang.

Contents