• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Daftar masuk Maybank2u guna muka dan suara

  • OLEH Najib
  • 12:35 pm
  • 22/11/2017
  • Komen
Daftar masuk Maybank2u guna muka dan suara
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Maybank2u boleh memeriksa baki akaun mereka dengan lebih mudah apabila Maybank hari ini melancarkan pengesahan keselamatan melalui pengecaman muka dan suara, atau Face ID dan Voice ID. Ia adalah tambahan kepada pengecaman capjari atau Quick Touch.

Ini juga menjadikan Maybank sebagai bank pertama memperkenalkan tiga pengesahan biometrik dalam aplikasi mudah alih.



Ketua Servis Perbankan Komuniti Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Borhan berkata, pengenalan pengesahan biometrik baru ini adalah strategi mengukuhkan kedudukan mereka di dunia digital, di samping memenuhi kehendak pengguna.

Transaksi perbankan mudah alih berkembang lebih 95% pada 10 bulan pertama tahun ini. Penggunaan pengesahan biometrik untuk daftar masuk juga melonjak tinggi.



Bulan Oktober menyaksikan daftar masuk aplikasi lebih 60 juta kali, peningkatan 100% berbanding bulan Januari 2017. Pengesahan tambahan ini dijangka meningkatkan lagi kadar penggunaan aplikasi mudah alih Maybank.

Untuk mula menggunakan fungsi biometrik baru ini, pengguna memerlukan peranti dengan kamera hadapan sekurangnya 2.0MP, serta mikrofon terbina di dalam. Ia juga memerlukan aplikasi terkini Maybank2u, yang boleh dimuat turun dari Apple Appstore dan Google Playstore.

Pengesahan Face ID & Voice ID akan dibuat serentak, dengan pengesahan suara memerlukan perkataan ditaip dahulu (2 atau 3 perkataan) sebelum disebut sebanyak 3 kali.

Pengesahan biometrik ini hanya membenarkan pengguna memeriksa baki akaun sahaja. Untuk servis dan transaksi lain, perlu memasukkan kata laluan. Ini menjadikannya pengesahan pelbagai faktor yang lebih selamat.

Maybank turut menyatakan, mereka telah melakukan pelbagai eksperimen untuk Face ID, seperti penggunaan cermin mata serta kembar seiras. Dalam beberapa cubaan, kembar seiras boleh mendaftar masuk akaun satu sama lain. Tetapi pengesahan pelbagai faktor seperti kata laluan masih diperlukan untuk transaksi, jadi ia masih selamat untuk digunakan.

Tags: Face IDMaybankMaybank2uVoice ID
Najib

Najib

POPULAR

Daftar masuk Maybank2u guna muka dan suara

Daftar masuk Maybank2u guna muka dan suara

22 November 2017
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN