• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

  • OLEH Najib
  • 10:12 am
  • 22/05/2020
  • Komen
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Jika menyebut nama Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mungkin ada yang tidak kenal. Tetapi kalau dikatakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang membuat pengumuman permulaan puasa dan Hari Raya, pasti semua tahu.

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 2012, menggantikan tempat Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah. Semasa membuat pengumuman yang memakan masa tidak sampai 5 minit itu, beliau sering menggayakan baju melayu tetapi dengan warna berbeza setiap tahun.



Perkara ini menjadi bualan warganet sehingga ramai cuba meneka apakah warna baju melayu yang akan beliau pakai untuk pengumuman tidak lama lagi. Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat satu pertandingan meneka warna baju melayu Tan Sri Syed Danial semasa pengumuman Hari Raya, yang akan disiarkan pada hari Jumaat, 22 Mei 2020 sekitar pukul 8 malam.

Pertandingan ini diadakan menerusi media sosial twitter. Hadiah yang disediakan berupa sepasang baju raya (Baju Melayu atau Baju Kurung) yang ditaja oleh Al-Mukarramah, untuk 1 pemenang bertuah. Untuk menyertainya, anda harus berbuat begini:



  1. Guna tanda pagar #tekawarnabajutansri & tag @MyJAKIM
  2. Nyatakan tekaan warna baju Tan Sri Syed Danial semasa Pengumuman Tarikh 1 Syawal 1441H.
  3. Pastikan Tag 3 rakan anda!

Jawapan tepat dan paling kreatif adalah pemenang. Tarikh tutup teka warna ini ialah pukul 5 petang ini, 22 Mei 2020. Kalau anda sudah ada warna yang difikirkan dan catatan kreatif untuknya, segeralah berciap tentangnya dengan mengikuti langkah di atas.

Sumber: Jakim

Tags: Hari Raya
Najib

Najib

POPULAR

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER