• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HTC U11+ Lepasi Saringan SIRIM Dan Sedia Untuk Dipasarkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:10 pm
  • 30/11/2017
  • Komen
Tanda Tambah Pada HTC U11+ Memang Padan Dengannya
Share on FacebookShare on Twitter

Ini mungkin flagship terakhir yang akan diperkenalkan dalam tahun 2017 di Malaysia. Selepas dilancarkan awal bulan November 2017, nama HTC U11+ dikesan dalam pengkalan data SIRIM dan seterusnya memberi gambaran yang ia akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

HTC U11+ adalah telefon pertama HTC yang menggayakan skrin 18:9. Panel paparan sebesar 6″-nya itu memiliki resolusi QHD (2880×1440). Kekurangan ruang pada bahagian depan bermakna pengimbas cap jari terpaksa dipindahkan ke belakang.



Pada papan utama, anda akan menemui cip pemproses Snapdragon 835 yang dipadankan dengan RAM sehingga 6GB serta storan sehingga 128GB.

Telefon ini tidak menggunakan konfigurasi kamera berkembar tetapi mengekalkan satu kamera 12MP UltraPixel 3 dengan apertur seluas F1.7. Untuk berswafoto, anda boleh menggunakan kamera 8MP F2.0.



HTC sedia terkenal pada bahagian audio mereka. Teknologi BoomSound pada telefon ini sudah ditambah baik untuk memberikan 30% lebih kuasa berbanding sebelumnya.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 3,930mAh dan ia boleh dicas melalui port USB-C ataupun secara wayarles.

[Sumber: @KevinNgTK]

Tags: harga htc u11+HTChtc malaysiahtc u11 plusHTC U11+pelancaran htc u11+
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Tanda Tambah Pada HTC U11+ Memang Padan Dengannya

HTC U11+ Lepasi Saringan SIRIM Dan Sedia Untuk Dipasarkan

30 November 2017
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN