• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

I AM WOMAN ketengahkan wanita luar biasa Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:38 pm
  • 04/12/2017
  • Komen
I AM WOMAN ketengahkan wanita luar biasa Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia yang semakin mencabar telah banyak merubah kehidupan manusia. Malah, tugas dan kerja yang suatu masa dahulu didominasi oleh lelaki, kini telahpun disertai wanita.

Untuk mengetengahkan bakat tempatan wanita yang terlibat, Viu Malaysia dengan kerjasama Prudential Assurance Malaysia Berhad (Prudential), menghasilkan siri I AM WOMAN. Ia berkisar tentang kisah hidup 10 orang wanita di Malaysia, yang menceburi bidang kerja yang sebelum ini dilakukan oleh lelaki sahaja.



Viu merupakan penyedia servis penstriman video (OTT) merentasi 15 negara termasuk Malaysia, Hong Kong, Singapura, India, Indonesia, Filipina Thailand serta negara Timur Tengah seperti Bahrain, Mesir, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan UAE. Viu juga telah menghasilkan pelbagai kandungan asli di dalam dan luar negara.

Siri I AM WOMAN ini dihasilkan oleh syarikat Double Vision, yang diketuai oleh Penerbit Eksekutif, Min Lim. Ia dihoskan oleh Alia Zecha yang turut sama mencuba sendiri tugasan yang dilakukan oleh wanita-wanita di dalam siri ini.



Seramai 10 orang wanita telah dipilih untuk menjayakan siri ini iaitu:

  1. Puteri Kirana – Pelagak Ngeri
  2. Leona Chin – Pelumba Kereta
  3. Izzati Mohamad Yusoff – Pengimpal Dalam Air
  4. Esther Chit – Epic Homes Master Builder
  5. Rokiah Salim – Pemandu Treler
  6. Leftenan Nur Suryani [TLDM] – Atlet Menembak Tentera Laut
  7. Ann Osman – Petinju MMA
  8. Nur Hafizah binti Mohammad Lukman – Bomba
  9. Kok Wai Lynn – Atlet Dodgeball
  10. Uma Devi Rengasamy – Pemandu Tren LRT

I AM WOMAN boleh mula ditonton di Viu bermula dari 7 Disember 2017. Sebanyak 10 episod akan disiarkan dengan satu episod baru akan ditayangkan setiap minggu. Viu boleh ditonton samada menerusi pelayar di laman web www.viu.com atau aplikasi mudah alih Android dan iOS.

Selain itu, Prudential turut mengadakan peraduan berkaitan I AM WOMAN di mana penonton berpeluang memenangi hadiah berupa telefon pintar iPhone, baucer membeli-belah dan langganan Viu. Pertandingan ini akan berjalan sehingga Januari 2018. Maklumat lanjut boleh disemak melalui Facebook Prudential Malaysia.

Tags: I AM WOMANPrudentialViuViu Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

I AM WOMAN ketengahkan wanita luar biasa Malaysia

I AM WOMAN ketengahkan wanita luar biasa Malaysia

4 December 2017
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN