• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mencari tablet murah? HUAWEI ada jawapannya

  • OLEH Najib
  • 10:08 am
  • 06/12/2017
  • Komen
Mencari tablet murah? HUAWEI ada jawapannya
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti mudah alih berskrin besar semakin sukar dicari dek kerana pengeluar sudah mengurangkan pengeluarannya. Tetapi jika anda mencari tablet 7-inci yang cukup makan dan paling utama murah harganya, HUAWEI Mediapad T3 7 adalah jawapannya.

Tablet Mediapad T3 7 adalah keluaran terbaru HUAWEI dan kini boleh didapati di mana-mana Stor HUAWEI Experience. Paling menarik, harga jualannya hanyalah RM499 sahaja.



Dengan harga sebegini, tidak bolehlah menjangka perkakas berkuasa tinggi. Tetapi ia mencukupi untuk penggunaan harian terutama sekali untuk kanak-kanak digital masakini.

Tablet ini dikuasakan cip Spreadtrum SC7731G 4-teras 1.3GHz bersama 2GB RAM. Storannya agak besar, 16GB dengan sokongan tambahan kad mikroSD sehingga 128GB.



Skrin 7-inci padanya menggunakan paparan IPS dengan resolusi HD 1024×600. Baterinya pula sebesar 4,100mAh, pastinya lebih dari cukup untuk kegunaan sehari.

Untuk kamera, ia dibekalkan kamera 2MP berfokus tetap di hadapan dan belakang. Sistem operasinya pula menggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka EMUI 7.0.

Ibubapa boleh mengawal penggunaan tablet ini untuk anak-anak mereka melalui aplikasi Kids Garden, seperti tetapan masa dan akses ke informasi yang bersesuaian.

Tablet HUAWEI Mediapad T3 7 terdapat hanya di dalam warna kelabu dan dijual pada harga RM499. Ia boleh dibeli di Stor HUAWEI Experience berdekatan. Semak Faceboook Huawei Malaysia untuk maklumat lanjut.

Jika anda mahukan tablet yang lebih berkuasa tetapi tidak terlalu mahal, boleh cuba semak HUAWEI Mediapad M3 Lite. Harganya cuma RM999 dengan kuasa 3GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Mediapad T3 7Mediapad T3 7tabletTablet HUAWEItablet murah
Najib

Najib

POPULAR

Mencari tablet murah? HUAWEI ada jawapannya

Mencari tablet murah? HUAWEI ada jawapannya

6 December 2017
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN