• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Redmi 5 Mungkin Telefon Berskrin 18:9 Termurah Dalam Pasaran

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:58 pm
  • 07/12/2017
  • Komen
Redmi 5 Mungkin Telefon Berskrin 18:9 Termurah Dalam Pasaran
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi secara rasmi mengumumkan dua telefon bajet, Redmi 5 dan Redmi 5 Plus. Berharga kurang daripada RMB 1,300 (RM 803) mereka mungkin adalah telefon berskrin panjang yang termurah dalam pasaran.

Redmi 5 dan 5 Plus menggayakan skrin 18:9 dengan panel paparan berukuran masing-masing 5.7 dan 5.99″. Telefon yang lebih kecil memiliki panel beresolusi HD manakala abangnya yang lebih besar menerima panel HD Penuh.



Melihat pada papan utama pula, kedua-dua telefon menggunakan cip yang berbeza. Sementara Redmi 5 menggunakan Snapdragon 450, Redmi 5 Plus diberikan CPU Snapdragon 625 yang lebih berkuasa. Sekurang-kurangnya 2GB RAM dibekalkan untuk menggalas tugasan pemerosesan seharian.

Varian yang tertinggi adalah Redmi 5 Plus yang memiliki RAM sebsar 4GB dan ROM seluas 64GB. Kesemua mereka memiliki slot mikro-SD sekiranya anda ingin meluaskan storan.



Pada bahagian pengimejan, kedua-dua telefon itu mengambil gambar melalui kamera belakang 12MP dan kamera swafoto 5MP. Menguasakan semua kelengkapan telefon ini adalah bateri berkapasiti 3,300mAh (Redmi 5) dan 4,000 mAh (Redmi 5 Plus).

Redmi 5/5 Plus akan dijual bermula 12 Disember ini di China pada harga seperti berikut:

  • Redmi 5 (RAM 2GB + ROM 16GB) – RMB799 (RM494)
  • Redmi 5 (RAM 3GB + ROM 32GB) – RMB899 (RM 555)
  • Redmi 5 Plus (RAM 3GB + ROM 32GB) – RMB999 (RM 617)
  • Redmi 5 Plus (RAM 4GB + ROM 64GB) – RM1299 (RM 802)

[Sumber: Mi]

Tags: Mi Malaysiaredmi 5redmi 5 plusxiaomixiaomi chinaxiaomi malaysiaxiaomi redmi 5xiaomi redmi 5 plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Redmi 5 Mungkin Telefon Berskrin 18:9 Termurah Dalam Pasaran

Redmi 5 Mungkin Telefon Berskrin 18:9 Termurah Dalam Pasaran

7 December 2017
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN