• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:12 pm
  • 30/03/2026
  • Komen
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia telah memperkenalkan penghawa dingin pintar terbaru mereka, Mijia Air Conditioner Eco 4-star Inverter. Hadir dalam dua kapasiti 1.0HP dan 1.5HP, model baharu ini menawarkan pilihan yang lebih mampu milik berbanding versi Pro Eco 5-star yang dilancarkan sebelum ini.

Harga Mijia Air Conditioner Eco di Malaysia

Berikut adalah harga rasmi Mijia Air Conditioner Eco 4-star Inverter di Malaysia:



  • 1.0HP — RM1,299
  • 1.5HP — RM1,599

Harga di atas sudah termasuk penghantaran dan pemasangan bernilai RM499. Setiap unit turut dilindungi oleh waranti 3 tahun dan waranti kompressor selama 10 tahun.

Bagaimanapun, sewaktu artikel ini ditulis, ia boleh dibeli lebih murah bawah RM1,000 melalui promosi di Lazada dan Shopee. Perlu diambil perhatian bahawa unit ini disenaraikan sebagai pratempahan dan akan dihantar dalam masa 30 hari.



Anda boleh buat pembelian Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco melalui Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco

Mijia Air Conditioner Eco 4-star menggunakan sistem inverter DC penuh dengan Mijia AI Energy Saving Mode yang diklaim menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 24.3%. Untuk menyejukkan bilik dengan cepat, ia dilengkapi ciri penyejukan pantas 30 saat dalam Turbo Mode menggunakan kipas cross-flow 108mm.

Sebagai peranti rumah pintar, penghawa dingin ini boleh dikawal dari jauh melalui aplikasi Xiaomi Home, termasuk pemberitahuan untuk sebarang ralat atau peringatan pembersihan. Kawalan suara melalui Google Assistant juga disokong, selain kawalan menggunakan alat kawalan jauh biasa yang dilengkapi skrin besar untuk kemudahan penggunaan.

Perisian penghawa dingin ini juga boleh dikemaskini secara OTA, memastikan ia sentiasa mendapat pembaikan dan ciri terkini.

Dari segi pembersihan pula, ia hadir dengan fungsi pembersihan sendiri yang membekukan evaporator untuk memerangkap habuk sebelum mencairkannya semula untuk menyingkirkan kotoran. Unit dalamannya juga direka supaya penapis mudah ditanggalkan untuk dibersihkan secara fizikal.

Apa beza dengan Pro Eco?

Perbezaan utama antara model Eco baharu ini dengan Pro Eco tahun lepas ialah penarafan kecekapan tenaga. Eco 4-star mempunyai rating 4-bintang berbanding 5-bintang pada Pro Eco. Dari segi prestasi, model Pro Eco menawarkan CSPF sehingga 5.97 (1.5HP: 5.67), manakala Eco baharu ini mempunyai CSPF 5.4 untuk kedua-dua unit 1.0HP dan 1.5HP.

Selain itu, versi Eco ini nampaknya tidak mempunyai ciri Gentle Airflow yang terdapat pada Pro Eco untuk aliran udara yang lebih lembut dan tersebar.

Untuk maklumat lanjut, layari halaman produk rasmi Xiaomi Malaysia untuk versi 1.0HP dan 1.5HP.

Tags: xiaomixiaomi malaysiaXiaomi Mijia Air Conditioner Eco
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN