• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PowerShot G1X Mark III Kini Sekali Ganda Hebat Berbanding Sebelumnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:10 pm
  • 19/12/2017
  • Komen
PowerShot G1X Mark III Kini Sekali Ganda Hebat Berbanding Sebelumnya
Share on FacebookShare on Twitter

Canon telah mengemas kini siri PowerShot G1X mereka tahun ini dengan pengenalan G1X Mark III yang membawakan pembaharuan siginfikan berbanding G1X Mark II. Seperti biasa, hampir semua kamera yang dilancarkan mereka pada tahun ini disuntik teknologi Dual Pixel Autofocus bagi memberikan prestasi membidik autofokus sepantas kilat. Ia menjadikannya kamera tercanggih dalam kelas kompak point-and-shoot. Pada helaian spesifikasi, perubahan yang paling ketara yang anda akan temui adalah pada sensornya. Jika dulu ia dibekalkan sensor 1.5″, ia kini diberikan sensor APS-C yang lebih besar tapi dalam badan yang sama seperti sebelumnya. Hal ini bermakna, bilangan pixel yang terkandung padanya meningkat sekali ganda kepada 24.3MP.

Jika anda masih belum yakin dengan keupayaannya, Canon memaklumkan yang sensor pada G1X Mark III turut dgunakan pada kamera seperti EOS 80D dan M5.



Sensor yang hebat ini digandingkan dengan sistem lensa yang setara hebatnya. Anda akan menerima lensa dengan cakupan fokal 24mm-72mm dengan bukaan apertur F2.8-F5.6. Ia juga ada penuras ND yang mampu menghalang cahaya sehingga 3 tahap.

Penstabil imej optikal turut hadir pada kamera ini. Dual Sensing IS sistem memebrikan kestabilan semasa menembak shingga 4-stop.



Pembidik imej kini kembali setelah disisihkan pada Mark II dan ia kini hadir dalam bentuk EVF berbanding OVF pada generasi Mark I dan kebawah. EVF pada kamera ini memaparkan gambar melalaui 2.36 juta bintik OLED.

Selain EVF, paparan 3.0″ boleh kilas turut ada untuk membantu anda mengambil gambar pada sudut yang sukar. Ia dikilas ke bahagian sisi dan ini adalah berita baik buat vlogger kerana lubang tripod masih boleh diakses semasa merakam.

Canon PowerShot G1X Mark III kini sudah dijual di Canon Image Squares dan pengedar sah diseluruh negara pada harga RM4,799.

Tags: canoncanon malaysiacanon powershotcanon powershot g1x mark iiikamera canonkamera kompak
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

PowerShot G1X Mark III Kini Sekali Ganda Hebat Berbanding Sebelumnya

PowerShot G1X Mark III Kini Sekali Ganda Hebat Berbanding Sebelumnya

19 December 2017
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN