• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar hutang PTPTN sekarang berpeluang menang iPhone X

  • OLEH Najib
  • 7:15 pm
  • 20/12/2017
  • Komen
Bayar hutang PTPTN sekarang berpeluang menang iPhone X
Share on FacebookShare on Twitter

Bayar hutang PTPTN boleh menang iPhone X!

Inilah promosi terbaru yang dibuat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-20.



Sebanyak 20 hadiah disediakan sepanjang promosi ini iaitu 1 unit iPhone X (bernilai sekurangnya RM5,149) dan 19 unit Huawei P10 (bernilai RM2,499). Pemenang pula dipilih berdasarkan cabutan, jadi sesiapa yang bertuah boleh menang salah satu dari 20 hadiah yang disediakan ini.

Syarat untuk menyertai cabutan ini agak mudah. Promosi ini dijalankan untuk bayaran semula pinjaman antara 1 hingga 31 Disember 2017. Setiap bayaran RM1,000 dalam tempoh promosi ini, melayakkan 1 cabutan bertuah. Bayar RM2,000 dapat dua peluang dan begitulah seterusnya.



Bagaimanapun, promosi ini terbuka kepada mereka yang telah selesai pengajian dan masih mempunyai baki pinjaman melebihi RM1,000. Bayaran kurang dari RM1,000 tak layak sertai. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) juga TIDAK LAYAK menyertai cabutan ini.

Pembayaran pinjaman boleh dibuat menerusi kombinasi mana-mana saluran, asalkan dalam tempoh promosi. Kalau pada 15hb dah buat bayaran RM500, 25hb nanti buat lagi bayaran RM500 maka layaklah mendapat satu cabutan.

Dengan buat bayaran pinjaman ada peluang menang telefon pintar terbaru percuma. iPhone X dan Huawei P10 tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, semak poster bawah ni atau layari laman web Cabutan Istimewa Bayar & Menang PTPTN.

[Sumber: Amanz]

Tags: Cabutan bertuahiPhone XPTPTN
Najib

Najib

POPULAR

Bayar hutang PTPTN sekarang berpeluang menang iPhone X

Bayar hutang PTPTN sekarang berpeluang menang iPhone X

20 December 2017
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN