• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih banyak Fattah Amin ada dalam OPPO F5 Edisi Khas

  • OLEH Najib
  • 3:24 pm
  • 02/01/2018
  • Komen
Lebih banyak Fattah Amin ada dalam OPPO F5 Edisi Khas
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO Malaysia memang pandai mengambil hati peminat. Apa tidaknya, mereka sering mengeluarkan edisi khas telefon pintar OPPO yang menampilkan duta mereka. Antaranya ialah Ayda Jebat, Min Chen, Neelofa dan yang terbaru, Fattah Amin.

Selepas memperkenalkan telefon pintar OPPO F5 6GB Edisi Merah bertatahkan kristal Swarovski, kini OPPO F5 kembali dengan edisi khas Fattah Amin. Ia berasaskan OPPO F5 dengan 4GB RAM, 32GB storan, serta badan berwarna hitam.



OPPO F5 Edisi Khas Fattah Amin ini akan mula dijual pada 13 Januari 2018, tetapi pra tempahan boleh dibuat bermula hari Jumaat ini, 5 Januari 2018 di laman web OPPO Malaysia. Harganya tidak berbeza dari OPPO F5 biasa, iaitu RM1,298 tetapi datang bersama lebih banyak hadiah istimewa.

Telefon pintar ini akan memiliki tandatangan Fattah Amin yang dicetak secara lazer di belakang. Pembeli juga akan menerima patung mini, pelindung telefon kartun dan 4 keping poskad, semuanya berasaskan Fattah Amin, di dalam kotak hadiah khas.



Selain itu, telefon pintar ini akan dimuatkan dengan ringtone ucapan selamat pagi dan malam dari suara Fattah Amin, wallpaper, gambar swafoto, serta beberapa gambar Fattah Amin dari drama lakonannya berjudul, My Coffee Prince.

Untuk menambahkan lagi kemeriahan buat peminat, Fattah Amin meninggalkan satu video mesej khas. Tonton video tersebut di bawah ini.

OPPO F5 merupakan telefon pintar pertama OPPO dengan skrin nirbingkai 18:9 berukuran 6-inci HD Penuh. Ia diperkasa pemproses Mediatek MT6737T, dengan 4GB RAM dan 32GB storan dalaman yang boleh diperluas dengan kad mikroSD.

Kamera hadapannya menggunakan sensor 20MP f/2.0 dengan bantuan kecantikan AI, manakala kamera belakangnya 16MP f/1.8. Ia memiliki bateri sebesar 3,200mAh tetapi tidak disertakan pengecas pantas VOOC.

Jika berminat, jangan terlepas membuat tempahan OPPO F5 Edisi Khas Fattah Amin pada hari Jumaat ini, 5 Januari di laman web OPPO Malaysia.

Tags: Fattah AminoppoOPPO F5OPPO F5 Edisi KhasOPPO F5 Fattah AminOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Lebih banyak Fattah Amin ada dalam OPPO F5 Edisi Khas

Lebih banyak Fattah Amin ada dalam OPPO F5 Edisi Khas

2 January 2018
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN