• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung potong harga tiga model telefon pintar di tahun baru 2018

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 02/01/2018
  • Komen
Samsung potong harga tiga model telefon pintar di tahun baru 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Berita terawal yang kami terima pada hari pertama bekerja tahun 2018 ini adalah potongan harga tiga model telefon pintar Samsung iaitu Galaxy Note Fan Edition (FE), Galaxy J7+ dan Galaxy J7 Pro. Senarai harga baru ini berkuatkuasa bermula 1 Januari 2018.

Berikut adalah harga terkini tiga model telefon pintar Samsung yang menerima potongan harga:



  • Galaxy Note Fan Edition (FE) RM2,599 RM2,199
  • Galaxy J7+ RM1,599 RM1,299
  • Galaxy J7 Pro RM1,199 RM1,099

Bagi mereka yang meminati telefon pintar Samsung ini, pastinya ia berita terbaik di awal tahun 2018 dan kini masa untuk memilikinya.

Galaxy Note FE adalah kelahiran kembali dari Galaxy Note7 dengan bateri baru yang lebih selamat. Ia memiliki pemproses Exynos 8890, RAM sebesar 4GB dan storan dalaman 64GB dengan sokongan kad mikroSD.



Skrinnya berukuran 5.7-inci dengan resolusi tajam QuadHD (2560×1440). Kamera hadapan pula 5MP f/1.7 dan kamera belakangnya 12MP f/1.7 dengan penstabil imej optikal (OIS). Bateri yang dimuatkan di dalamnya berkapasiti 3,200mAh.

Galaxy J7+ adalah telefon siri-J Samsung yang pertama dengan dua kamera belakang, gabungan sensor RGB 13MP f/1.7 dan monokrom 5MP f/1.9. Kamera hadapannya 16MP f/1.9 dan memiliki lampu LED Flash untuk swafoto cerah.

Skrin Galaxy J7+ berukuran 5.5-inci HD Penuh (1920×1080) dan ia memiliki 4GB RAM bersama 32GB storan dalaman dengan sokongan kad mikroSD. Baterinya pula sebesar 3,000mAh.

Galaxy J7 Pro pula menyediakan bajet lebih rendah. Ia dimuatkan 3GB RAM dan 32GB storan dalaman, tetapi bateri lebih besar 3,600mAh. Skrinnya sebesar 5.5-inci dengan resolusi HD Penuh (1920×1080).

Kamera belakangnya dilengkapi sensor 13MP f/1.7 dan kamera hadapan pula 13MP f/1.9. Ia datang dalam empat warna pilihan iaitu hitam, biru, emas dan merah jambu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Galaxy Note FE, Galaxy J7+ dan Galaxy J7 Pro atau hubungi talian khidmat Samsung 24-jam di nombor 1800 22 8899.

Tags: Galaxy J7 ProGalaxy J7+Galaxy Note FEsamsungSamsung Galaxy J7 ProSamsung Galaxy J7+samsung galaxy note fan editionsamsung galaxy note fesamsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Samsung potong harga tiga model telefon pintar di tahun baru 2018

Samsung potong harga tiga model telefon pintar di tahun baru 2018

2 January 2018
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER