• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

  • OLEH Penaja
  • 7:16 pm
  • 06/10/2026
  • Komen
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh MSI]

Kalau anda tengah cari laptop kerja baharu, mesti pernah rasa macam terperangkap antara dua pilihan nak yang nipis dan ringan, tapi kuasanya biasa-biasa sahaja. Atau nak yang berkuasa, tapi berat dan reka bentuknya lebih sesuai untuk gaming berbanding dibawa ke pejabat atau kelas.



Bagi golongan profesional yang kini bekerja secara hibrid, atau pelajar yang perlukan satu peranti untuk buat segala-galanya, cabaran memilih laptop yang tepat ni memang tak semudah yang disangka. MSI cuba selesaikan dilema tersebut menerusi barisan Modern Series AI+ terbaharu mereka, yang merangkumi Modern 16S AI+, Modern 14S AI+ dcan Modern 14S.

Dan sebelum anda terus anggap MSI hanya buat laptop gaming, jom kita tengok apa sebenarnya yang jenama ini bawa untuk kategori produktiviti kali ini.



Untuk artikel ini, kami memfokuskan kepada MSI Modern 16S AI+, model dengan skrin OLED 16 inci yang direka untuk pengguna yang mahukan ruang kerja lebih luas tanpa perlu membawa laptop yang terlalu besar dan berat.

Nipis dan ringan, sesuai untuk kerja dari mana-mana

Perkara pertama yang kami perasan apabila mengeluarkan Modern 16S AI+ dari kotak ialah ia terasa lebih ringan daripada apa yang kami jangkakan untuk sebuah laptop 16 inci. 

Dengan berat hanya sekitar 1.59kg, laptop ini cukup ringan dan kami boleh memasukkannya ke dalam beg bersama pengecas dan beberapa barang kerja lain tanpa terasa seperti membawa sebuah laptop berskrin besar.

Binaan kerangka aloi aluminium premium ini turut memberikan rasa yang kukuh setiap kali digenggam. MSI turut mendakwa laptop ini telah melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD-810H, jadi ada sedikit keyakinan tambahan bahawa ia mampu bertahan penggunaan harian yang agak lasak.

Kami turut menggunakan laptop ini untuk menyiapkan beberapa tugasan penulisan sepanjang tempoh ujian, dan ruang papan kekunci terasa cukup selesa untuk sesi menaip yang panjang, dengan susunan bersaiz penuh. 

Lampu backlit pada papan kekunci turut memudahkan kerja pada waktu malam, manakala lapisan anti-kesan cap jari membantu kekalkan rupa laptop kelihatan kemas walaupun selepas beberapa hari digunakan.

Action Touchpad yang kini 17% lebih besar berbanding model sebelumnya turut memberikan lebih banyak ruang untuk navigasi, terutamanya apabila bekerja tanpa tetikus.

Skrin OLED untuk kerja kreatif yang lebih tepat

Tetapi, aspek pengalaman visual merupakan kelebihan utama Modern 16S AI+. Laptop ini menggunakan panel OLED 16 inci dengan resolusi FHD+ 1920 × 1200 piksel dan liputan warna 100% DCI-P3. Skrinnya bukan sahaja luas, malah menawarkan paparan warna yang menarik untuk pelbagai kegunaan.

Meskipun pada kebanyakan masa hanya menulis artikel, ruang paparan yang lebih besar memang membantu, terutamanya apabila perlu membuka dokumen sambil merujuk bahan daripada pelayar web. Pada masa sama, panel OLED dengan liputan warna 100% DCI-P3 menjadikan Modern 16S AI+ sesuai untuk tugasan kreatif seperti penyuntingan gambar dan video yang memerlukan paparan warna lebih kaya dan kontras tinggi.

Warna yang dihasilkan kelihatan lebih hidup, sekali gus menjadikan pengalaman menonton video atau kandungan hiburan lebih mengasyikkan.

MSI juga menyatakan bahawa skrin ini menerima pensijilan SGS untuk ciri Low Blue Light dan Flicker-free. Pada percubaan kami, selepas berjam-jam di hadapan skrin untuk kerja penulisan dan menyemak emel, kami tidak rasa mata cepat penat seperti biasa berlaku pada sesetengah skrin laptop lain.

Prestasi AI menerusi cip Intel® Core™ Ultra 7 Series 3 Processor

Bagaimana pula dengan prestasinya? Mungkin ada yang menganggap laptop produktiviti dengan reka bentuk nipis seperti ini perlu berkompromi dari segi kuasa pemprosesan. Namun, Modern 16S AI+ dilengkapi cip Intel® Core™ Ultra 7 processor 355 daripada siri Core Ultra 300H, yang menawarkan prestasi mencukupi untuk mengendalikan pelbagai tugasan harian.

Cip ini mempunyai lapan teras, terdiri daripada empat P-core dan empat Low Power E-core, dengan kelajuan maksimum sehingga 4.7GHz. Ia turut dilengkapi grafik Intel® bersepadu dan NPU yang menawarkan prestasi sehingga 49 TOPS.

Bagi kebanyakan pengguna, angka TOPS tersebut mungkin tidak begitu bermakna. Apa yang lebih penting ialah sejauh mana laptop ini mampu mengendalikan tugasan harian dengan lancar, tanpa perlu menutup aplikasi lain untuk memastikan prestasinya kekal baik.

Dalam penggunaan kami, Modern 16S AI+ digunakan untuk menulis artikel, membuka banyak tab Chrome, menjalankan Spotify dan menggunakan aplikasi Microsoft Office secara serentak.Untuk corak penggunaan seperti ini, gabungan cip Core Ultra 7 dan RAM 16GB sepatutnya mencukupi bagi kebanyakan pengguna profesional dan pelajar.

Laptop ini juga dilengkapi storan SSD PCIe Gen 4 pantas berkapasiti 512GB.

Satu perkara yang menarik ialah Modern 16S AI+ turut menyediakan dua slot RAM DDR5, dengan sokongan kapasiti sehingga 32GB, memberikan pilihan untuk menaik taraf memori pada masa hadapan, sekiranya keperluan kerja anda semakin meningkat.

Bagaimanapun, bagi tugasan kreatif yang lebih berat seperti penyuntingan video beresolusi tinggi atau penggunaan aplikasi grafik yang memerlukan GPU khusus, grafik Intel® bersepadu pada model ini perlu diambil kira. Modern 16S AI+ bukan laptop gaming, dan ia tidak direka untuk menggantikan mesin dengan kad grafik khusus. 

Sebaliknya, kekuatannya terletak pada gabungan prestasi CPU, reka bentuk mudah alih dan ciri produktiviti untuk kegunaan harian.

Ciri AI dan pengalaman Copilot+ PC

Dengan NPU yang menawarkan prestasi sehingga 49 TOPS, MSI Modern 16S AI+ turut menyokong pengalaman Copilot+ PC.

Secara ringkas, NPU ialah komponen khusus untuk mengendalikan tugasan AI dengan lebih cekap, tanpa perlu menyerahkan semua pemprosesan kepada CPU atau GPU.

Ini membolehkan laptop menyokong pelbagai ciri AI Windows, termasuk Live Captions, Cocreator dalam Microsoft Paint dan Windows Studio Effects. Bagi pengguna yang banyak bekerja dengan dokumen, mesyuarat dalam talian dan tugasan kreatif, ciri seperti ini boleh menjadi tambahan yang berguna.

Bateri yang tahan seharian

Laptop nipis dan ringan memang memudahkan kita bekerja di mana-mana, tetapi semua itu tidak banyak membantu jika baterinya cepat habis. MSI Modern 16S AI+ hadir dengan bateri berkapasiti 60Wh dan menggunakan penyesuai kuasa 65W. 

Kami tidak menjalankan ujian bateri laptop secara mendalam untuk artikel ini, tetapi sepanjang penggunaan untuk tugasan biasa seperti melayari web, menulis artikel dan menonton video, baterinya cukup meyakinkan untuk digunakan beberapa jam tanpa kami terasa perlu sentiasa mencari soket.

MSI mendakwa jangka hayat bateri boleh melebihi 15 jam bergantung kepada corak penggunaan, dan berdasarkan pengalaman kami, mungkin angka ini tidak jauh daripada kenyataan.

Bila tiba masa untuk mengecas semula, laptop ini turut menyokong pengecasan pantas, mampu dicas sehingga 50% hanya dalam masa 30 minit sahaja.

Kamera dan audio untuk keperluan mesyuarat

Untuk pengguna yang bekerja secara hibrid, kamera web dan sistem audio merupakan antara komponen yang tidak boleh dipandang ringan. Modern 16S AI+ dilengkapi kamera inframerah HD 720p dengan teknologi 3D Noise Reduction (3DNR), selain penutup kamera fizikal untuk melindungi privasi apabila kamera tidak digunakan.

Kamera ini memadai untuk keperluan mesyuarat dalam talian biasa, manakala teknologi 3DNR membantu mengurangkan hingar pada imej supaya paparan kelihatan lebih jelas. Tapi jujurnya, pada harga laptop sebegini, kami sebenarnya berharap MSI menggunakan kamera beresolusi lebih tinggi. 

Dari segi audio, laptop ini dilengkapi dua pembesar suara 2W dengan DTS Audio Processing dan sokongan Hi-Res Audio Ready.

Bunyinya cukup sesuai untuk mendengar suara ketika mesyuarat, menonton video atau mendengar muzik ketika bekerja. Ia mungkin tidak dapat menggantikan pembesar suara luaran atau fon kepala khusus, tetapi memadai untuk kegunaan harian.

Sambungan dan keselamatan yang menyeluruh

Satu perkara yang kami suka tentang MSI Modern 16S AI+ ialah pilihan portnya yang lengkap.

Walaupun mempunyai reka bentuk nipis, MSI masih menyediakan sambungan penting yang biasanya diperlukan untuk kerja pejabat dan produktiviti, termasuk:

  • Dua port USB-A 3.2 Gen 1.
  • Dua port USB-C 3.2 Gen 2 dengan DisplayPort dan Power Delivery 3.0.
  • HDMI 2.1 yang menyokong paparan sehingga 4K pada 60Hz.
  • Pembaca kad microSD.
  • Port Ethernet Gigabit (RJ45).
  • Bicu kombo mikrofon dan fon kepala 3.5mm.

Dalam penggunaan kami, kehadiran port sambungan fizikal ini membolehkan kami terus memalamkan pemacu USB atau menyambung monitor luaran tanpa perlu memikirkan adapter atau dongle tambahan.

Port Ethernet pula memang semakin jarang pada laptop nipis, tetapi masih berguna kalau anda bekerja di pejabat atau lokasi yang sambungan Wi-Fi kurang stabil.

Ia turut menyokong Wi-Fi 6E untuk sambungan wayarles yang lebih pantas dan stabil, selain dilengkapi ciri keselamatan bertaraf tinggi seperti fTPM 2.0, Microsoft Pluton, serta pensijilan Secured-core PC, memberikan lapisan perlindungan tambahan terhadap ancaman siber.

Turut disediakan ialah penutup kamera fizikal (webcam shutter) untuk perlindungan privasi apabila kamera tidak digunakan.

Tiga pilihan mengikut keperluan dan bajet

Selain Modern 16S AI+, MSI turut menawarkan dua model lain dalam barisan Modern Series, iaitu Modern 14S AI+ dan Modern 14S.

Ketiga-tiga model ini mempunyai pendekatan yang sama, iaitu menawarkan laptop produktiviti dengan reka bentuk nipis dan ringan, tetapi dengan perbezaan dari segi saiz skrin, cip dan harga.

Berikut ialah harga dan konfigurasi yang ditawarkan di Malaysia:

ModelScreenProcessorRAMStoragePrice
MSI Modern 16S AI+ G3MG-067MY16” OLEDIntel® Core™  Ultra 7 processor 35516GB512GBRM5,299
MSI Modern 14S AI+ G3MG-061MY14” OLEDIntel® Core™ Ultra 5 processor 32216GB512GBRM4,499
MSI Modern 14S G3MG-024MY14” IPS-Level 120HzIntel® Core™ 5 processor 32016GB512GBRM4,099

MSI Modern 16S AI+ merupakan pilihan untuk pengguna yang mahukan skrin besar, paparan OLED dan prestasi lebih tinggi untuk kerja harian serta multitasking.

Jika anda lebih mementingkan mobiliti, Modern 14S AI+ menawarkan skrin OLED 14 inci dalam saiz yang lebih mudah dibawa. Sementara itu, Modern 14S menjadi pilihan dengan harga lebih rendah bagi mereka yang tidak memerlukan skrin OLED atau ciri AI+ yang sama.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi MSI Malaysia atau dapatkannya melalui MSI Concept Stores dan kedai sah MSI di seluruh negara, termasuk:

  • PC Image Electronic, Plaza Low Yat
  • PC Image Electronic, Digital Mall
  • MSI Concept Store, Mid Valley
  • MSI Flagship Store, Plaza Low Yat
  • MSI Concept Store, Vivacity Megamall
  • Brightstar Megastore, IOI City Mall Putrajaya
  • A-Sashi Technology Sdn Bhd Taman Melawati
  • GLOO, Queensbay Mall
  • Gadget Fusion Sdn. Bhd., AEON Mall
  • Harvey Norman, NU Sentral
  • The Pantheon Toppen Johor
Tags: MSIMSI MalaysiaMSI Modern 14SMSI Modern 14S AI+MSI Modern 16S AI+
Penaja

Penaja

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN