• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Dua kamera dan bateri besar di ASUS ZenFone 4 Max kini lebih murah

  • OLEH Najib
  • 12:51 pm
  • 04/01/2018
  • Komen
Dua kamera dan bateri besar di ASUS ZenFone 4 Max kini lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Permulaan tahun 2018 kali ini agak meriah apabila melihatkan banyak pengeluar mula menurunkan harga beberapa model telefon pintar mereka. ASUS Malaysia juga nampaknya tidak ketinggalan menyertainya apabila mengumumkan penurunan harga buat telefon pintar mereka yang mampu tahan lama, ZenFone 4 Max (ZC520KL).

Dilancarkan beberapa bulan yang lepas pada harga RM799, ASUS Malaysia kini menurunkan harga ZenFone 4 Max (ZC520KL) menjadi RM699, pemotongan sebanyak RM100.



Tarikan utama ZenFone 4 Max adalah pada kapasiti baterinya yang besar, iaitu 4,100mAh. Bagi telefon dengan skrin 5.2-inci, ia sememangnya lebih besar dari biasa. Ia juga boleh menjadi powerbank, digunakan untuk mengecas telefon pintar lain.

Tetapi bukan ini sahaja tarikan ZenFone 4 Max.



ASUS memuatkan dua lensa kamera di belakang ZenFone 4 Max dengan keupayaan ala zum optikal, menjadikannya peranti yang lebih menarik untuk digunakan. Lensa pertama 13MP f/2.0 memiliki sudut lebar 80-darjah bersamaan 25mm, manakala lensa kedua 13MP f/2.0 bersudut lebar 120-darjah atau 17.9mm, boleh memuatkan lebih banyak perkara dalam satu gambar.

Penstabil imej elektronik (EIS) terdapat di kamera belakang untuk mengurangkan gegaran rakaman video. Kamera hadapan pula 8MP dengan sudut lebar 85-darjah, disertakan LED Flash bercahaya lembut bagi swafoto lebih cerah.

Satu lagi keunikan pada ZenFone 4 Max ini adalah tiga slot berasingan buat dua kad sim dan satu kad mikroSD. Kedua-dua slot kad sim menyokong rangkaian 4G tetapi hanya satu 4G boleh aktif dalam satu masa. Manakala slot mikroSD menyokong kapasiti sehingga 256GB.

Di dalam, ZenFone 4 Max memiliki pemproses Snapdragon 425, 3GB RAM dan 32GB storan. Ia memiliki pengimbas capjari di hadapan, terletak di bawah skrin. Ia menjalankan Android 7.0 Nougat dengan antaramuka ASUS ZenUI.

Jika berminat, anda boleh mendapatkan telefon pintar ini menerusi Stor Rasmi ASUS di Lazada.

Tags: asusasus malaysiaasus zenfone 4 maxZenFone 4 MaxZenFone 4 Max Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Dua kamera dan bateri besar di ASUS ZenFone 4 Max kini lebih murah

Dua kamera dan bateri besar di ASUS ZenFone 4 Max kini lebih murah

4 January 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN