• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Kami Raba OnePlus 5T Dan Asyik Amat Rasanya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:39 am
  • 04/01/2018
  • Komen
Kami Raba OnePlus 5T Dan Asyik Amat Rasanya
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus 5T adalah telefon terbaru yang dilancarkan sekitar pertengahan November 2017. Ia adalah versi “tambah baik” OnePlus 5 dan bukannya sebuah telefon baru secara keseluruhan. Sekotak unit ini tiba di meja editor dan kami ihsan Brightstar Malaysia.

Maka kami hidangkan sejumlah gambar untuk anda tatap.



OnePlus 5T masih menggunakan kotak kertas OnePlus 5 perbezaannya cuma terdapat abjat “T” pada bahagian sisi kotak untuk menunjukkan anda telah membeli yang terbaru dan terhebat daripada OnePlus

OnePlus 5T adalah telefon pertama daripada mereka yang menggunakan paparan beresolusi 18:9. Maka, panel paparan pada telefon ini mencakupi hampir 80% muka telefon berbanding 73% pada telefon sebelum ini.



Sungguh pun begitu, perbezaan saiz badannya tidak langsung ketara. Ia membesar hanya 2.5% saja. Pada mata kasar, saiznya tetap sama seperti OnePlus 5.

Selain paparan, bahagian kamera belakang juga berbeza daripada OnePlus 5. Jika dulu kamera sekundernya mempunyai lensa berjarak fokal panjang (diguna untuk zum optikal), kini ia memiliki lensa yang sama dengan kamera utama.

Spesifikasi kedua-dua kamera OnePlus 5T adalah seperti berikut:

Kamera 1

  • Sensor: Sony IMX 398
  • Megapiksel: 16
  • Saiz Piksel: 1.12μm
  • Apertur: f/1.7
  • Jarak Fokal: 27.22mm

Kamera 2

  • Sensor: IMX 376K
  • Megapiksel: 20
  • Saiz Piksel: 1.0 μm
  • Apertur: f/1.7
  • Jarak Fokal: 27.22mm

Yang mendukacitakan adalah bonjol kamera yang maha besarnya. Kalau tak pakai casing, alamatnya tak sampai sebulan pasti dah tercalar. Apalah salahnya buatkan badan yang sedikit tebal dan minimumkan bonjol dan ruang lebihan dimanfaatkan dengan meletakkan bateri yang besar.

OnePlus 5T dikuasakan bateri 3,300mAh. Kapasiti bateri ini normal untuk sebuah flagship. Telefon seperti Samsung Galaxy Note8/S8/S8+ turut memiliki bateri sekitar ini. Tapi, jika anda mencari flagship dengan bateri bagak, Huawei Mate 10 ada 4,000mAh.

Seperti biasa, bateri dicas melalui port USB-C pada bahagian bawah telefon yang letaknya disebelah jeriji speaker.

Kalau rasakan bateri terlalu kecil untuk menempuhi hari siang anda, usah risau. OnePlus 5T dilengkapi teknologi DashCharge, teknologi pengecasan terpantas dalam dunai telefon setakat ini yang diadaptasi daripada VOOC kepunyaan OPPO.

Pada OnePlus 5, ia dicas penuh dalam masa kurang daripada 1 jam 30 minit. Kami jangkakan keputusannya hampir sama pada telefon ini.

Tapi kelemahan DashCharge berbanding teknologi pengecasa QuickCharge Qualcomm adalah anda perlu gunakan blok pengecas dan kabel yang disediakan. Maka, anda tidak dapat menikmati pengecasan pantas melalui powerbank.

OnePlus 5T masih menjalankan Android Nougat yang dilapiskan OxygenOS. Tapi pastinya ia akan dinaik taraf ke Oreo tak lama lagi.

OnePlus 5T kini dijual pada harga RM2,449 dalam varian RAM 6GB storan 64GB. Varian yang lebih tinggi, 8GB RAM dan 128GB storan dijual pada harga RM2,749.

Tags: brightstarBrightstar Malaysiaharga oneplus 5TOnePlusoneplus 5oneplus 5toneplus 5t malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kami Raba OnePlus 5T Dan Asyik Amat Rasanya

Kami Raba OnePlus 5T Dan Asyik Amat Rasanya

4 January 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER