• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo Miliki Tawaran Laptop Komprenhensif Di CES 2018

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:46 pm
  • 07/01/2018
  • Komen
Lenovo Miliki Tawaran Laptop Komprenhensif Di CES 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Awal tahun 2018, Lenovo mengambil kesempatan melancarkan sejumlah produk pengkomputeran di CES 2018 bagi memacu pertumbuhan mereka untuk tahun ini. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan komputer dengan tahap mobiliti hinggalah ke prestasi tinggi, Lenovo ada dalam setiap kategori.

ThinkPad X

ThinkPad X tahun 2018 masih mengekalkan piawaian tentera untuk mengharungi walau persekitaran yang ekstrim. Teknkologi Rapid Charge pada laptop ini membolehkan bateri dicas 80% dalam masa hanya 1 jam dan waktu penggunaan sehingga 16.6 jam boleh dicapai.



ThinkPad X280

Antara penambahbaikkan yang berjaya dicapai adalah pengurangan berat sehingga 20 peratus pada ThinkPad X280 berbanding generasi sebelumnya. Ia juga 15 peratus lebih nipis sekarang.



ThinkPad X380 Yoga pula menerima tambah baik pada Active Pen. Log masuk boleh dilakukan melalui kamera inframerah dan Windows Hello.

ThinkPad X380 Yoga

ThinkPad X280 dijual pada harga bermula USD 999 (RM 3,394) manakala X380 Yoga dijual pada harga bermula USD 1,459 (RM 5832).

ThinkPad T

ThinkPad T kini menerima suntikan prestasi apabila kesemuanya menggunakan cip pemproses Intel Core generasi ke-8. Sebanyak 3 model dilancarkan dalam keluarga ThinkPad T iaitu:

  • ThinkPad T480
  • ThinkPad T480s
  • ThinkPad T580

ThinkPad T480

Untuk tingkatkan tahap keselamatan, teknologi ThinkShutter Camera Privacy , pengimbas cap jari, dan kamera infra merah ditugaskan untuk melindungi data sensitif. Anda boleh membeli T580 yang ada panel UHD bersama-sama kad GPU dedikasi untuk prestasi yang lebih baik.

ThinkPad T480s

ThinkPad T580

Hayat bateri sehingga 27 jam mampu dicapai oleh laptop ini tetapi dalam kelasnya ThinkPad T480s adalah antara yang paling ringan.

Harga jualan ThinkPad siri T adalah seperti berikut:

  • ThinkPad T480 bermula USD 989 (RM 3,954)
  • ThinkPad T480s bermula USD 1,269 (RM 5,073)
  • ThinkPad T580 bermula USD 1,079 (RM 4,313)

ThinkPad L

ThinkPad siri L 2018 disertai oleh empat ahli iaitu:

  • ThinkPad L380 Yoga
  • ThinkPad L380
  • ThinkPad L480
  • ThinkPad L580

ThinkPad L380 Yoga

ThinkPad L380

ThinkPad L480

ThinkPad L580

Ia kini ditawarkan dalam saiz 13 inci manakala varian 14 dan 15 inci direka lebih nipis dan ringan. Untuk ThinkPad L580, ada piihan skrin sesentuh serta GPU dedikasi.

Laptop-laptop ini akan dijual pada harga seperti berikut:

  • ThinkPad L380 Yoga – USD 549 (RM 2,195)
  • ThinkPad L380 – USD 449 (RM 1,795)
  • ThinkPad L480 – USD 779 (RM 3,114)
  • ThinkPad L580 – USD 769 (RM 3,074)

Lenovo Tablet 10

Lenovo Tablet 10 adalah sebuah laptop 2-dalam-1 yang kompak dan teguh. Ia dikuaskaan cip Intel Celeron N yang ditujukan pada industri kesihatan dan retail. Untuk keselamatan, ia disertakan dengan Trusted Platform Module.

Lenovo Tablet 10

Sungguhpun kecl, sekali cas penuh membolehkan anda menggunakannya selama 9 jam. Satu stailus turut hadir mengiringi laptop ini.

Harga Tablet 10 masih belum diumumkan.

Tags: ces 2018CES2018lenovolenovo malaysiaTablet 10ThinkPad LThinkPad TThinkPad X
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lenovo Miliki Tawaran Laptop Komprenhensif Di CES 2018

Lenovo Miliki Tawaran Laptop Komprenhensif Di CES 2018

7 January 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER