• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guna bateri Energizer untuk telefon pintar yang tahan lama

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 08/01/2018
  • Komen
Guna bateri Energizer untuk telefon pintar yang tahan lama
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa tak kenal dengan Energizer, salah satu pengeluar bateri yang tahan lama. Jika Energizer menghasilkan telefon pintar, adakah anda berminat untuk memilikinya?

Ya, Energizer turut menghasilkan telefon pintar Android yang menggunakan teknologi bateri mereka. Paling baru mereka melancarkan PowerMax P600s, telefon pintar kelas pertengahan dengan bateri yang besar.



Energizer PowerMax P600s memiliki ciri-ciri telefon pintar terkini. Apa taknya, ia memiliki skrin nirbingkai 18:9, seluas 5.99-inci HD Penuh. Malah, ia disertakan dua kamera belakang gabungan sensor 13MP+5MP, bersama kamera hadpaan 8MP.

Kuasanya dihasilkan oleh pemproses Mediatek Helio P25 yang dikatakan sangat cekap tenaga. Dua model ditawarkan, iaitu 3GB RAM & 32GB storan, atau 6GB RAM & 64GB storan. Sayangnya ia menjalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat, bukannya 8.0 Oreo.



Watak utama PowerMax P600s adalah pada baterinya, berkapasiti 4,500mAh dan boleh dicas pantas kerana menyokong pengecasan 12V melalui sambungan USB-C. Mod Power Saving dapat membantu memanjangkan lagi hayat telefon ini.

Setakat ini, Energizer masih belum mengumumkan harga untuk PowerMax P600s. Malah, ia juga tidak kelihatan akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat. Jika mahu memilikinya, ia dilaporkan akan dijual di United Kingdom pada pertengahan bulan Januari ini.

Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, layari laman produk Energizer PowerMax P600s.

[Sumber: AndroidAuthority]

Tags: EnergizerEnergizer PowerMax P600sPowerMax P600sTelefon pintar Energizer
Najib

Najib

POPULAR

Guna bateri Energizer untuk telefon pintar yang tahan lama

Guna bateri Energizer untuk telefon pintar yang tahan lama

8 January 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN