• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:12 pm
  • 06/11/2026
  • Komen
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia kini mula mengacah ketibaan telefon flagship terbaharunya, Honor Magic 9 Pro Max, untuk pasaran tempatan. Telefon ini sudah membuat kemunculan di pasaran China dan Hong Kong, menampilkan sistem dua kamera 200MP yang dibangunkan bersama ARRI. Ia juga dikuasakan cip flagship terkini Qualcomm, Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6.

Berbeza daripada model flagship Magic yang lain, Magic 9 Pro Max lebih menumpukan kepada fotografi dan videografi menerusi ciri pengimejan profesional, profil warna sinematik serta sokongan aksesori khusus untuk pembikinan filem.



Menjelang ketibaannya, Honor juga baru-baru ini dinamakan rakan telefon pintar pengimejan sinematik rasmi bagi Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), menerusi kerjasama dengan FINAS. Majlis anugerah tersebut dijadualkan berlangsung pada 21 November 2026 di Istana Budaya.

Spesifikasi Honor Magic 9 Pro Max

Magic 9 Pro Max ialah model tertinggi dalam siri Magic 9, yang memberi tumpuan kepada pembuatan filem menggunakan telefon. Salah satu tarikan terbesarnya ialah sistem kamera yang dibangunkan bersama ARRI, syarikat Jerman yang terkenal dengan teknologi kamera profesional untuk produksi filem.



Telefon flagship ini baru sahaja dilancarkan di Hong Kong. Berdasarkan lembaran spesifikasi di sana, Magic 9 Pro Max menampilkan skrin OLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 10,000 nits dan PWM dimming sehingga 4320Hz.

Telefon ini dikuasakan cip 2nm terbaharu Qualcomm, Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6.

Tarikan utamanya ialah sistem kamera hasil kerjasama ARRI, dengan dua kamera belakang 200MP. Kamera utamanya menggunakan sensor 1/1.28 inci dengan apertur f/1.57 dan penstabilan imej optik (OIS) setaraf gimbal. Ia ditemani kamera telefoto periskop 200MP dengan sensor 1/1.4 inci, apertur f/2.6 dan zum optik 3.5x. Terdapat juga kamera ultralebar 50MP f/2.0, manakala kamera depan ialah kamera selfie 55MP.

Selain perkakasan kamera, Honor bekerjasama dengan ARRI untuk membawa pemprosesan warna sinematik ke Magic 9 Pro Max. Ini termasuk saluran pemprosesan video ARRI LogC3, yang bertujuan menghasilkan peralihan cahaya dan bayang-bayang lebih semula jadi serta warna yang lebih konsisten.

Telefon ini juga menawarkan 87 ARRI Looks rasmi, yang membolehkan pengguna mengenakan pelbagai rawatan warna sinematik pada rakaman mereka. Terdapat juga ciri Live Photo sinematik yang merakam klip tiga saat dalam resolusi 4K, dengan sokongan nisbah bidang sinematik ultralebar 2.39:1.

Untuk menyokong keupayaan pengimejannya, Honor melengkapkan telefon ini dengan cip pengimejan H1 khusus berteknologi 6nm. Cip ini mengendalikan pengurangan hingar dalam peringkat RAW untuk mengekalkan lebih banyak perincian imej, terutamanya dalam keadaan cahaya yang mencabar.

Untuk rakaman audio, Magic 9 Pro Max mempunyai sistem mikrofon terarah terbina yang didakwa Honor mampu menangkap bunyi dari jarak sehingga 20 meter. Ia menggabungkan mikrofon terarah dan mikrofon omniarah untuk memperbaiki penangkapan audio semasa merakam video.

Jika mahu menambah keupayaan zum, Honor turut menawarkan lensa telekonverter G200 dan G500, dengan jarak fokus setara masing-masing 200mm dan 500mm. Terdapat juga aksesori sangkar video yang dibangunkan bersama SmallRig yang membolehkan pengguna memasang pelbagai aksesori tambahan untuk pembikinan filem.

Versi Hong Kong Magic 9 Pro Max menggunakan bateri silikon-karbon 8,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan tanpa wayar 80W. Sebagai perbandingan, versi di tanah besar China menggunakan bateri yang lebih besar, iaitu 8,800mAh.

Telefon ini turut dilengkapi cip peningkatan RF C3 Honor untuk sambungan yang lebih baik, speaker stereo, serta penarafan IP68, IP69 dan IP69K untuk perlindungan debu dan air. Dari segi perisian, ia menawarkan Honor Connect untuk memindahkan fail dan menyambung dengan peranti Apple yang disokong.

Honor Malaysia buka pendaftaran minat

Screenshot

Honor Malaysia sudah mengaktifkan halaman teaser khas untuk Magic 9 Pro Max. Menerusi kempen ini, pengguna boleh menjawab soalan dan melanggan untuk untuk mendapatkan ganjaran menarik, bernilai RM2,495.

Menurut terma dan syarat rasmi kempen, lima peserta bertuah akan menerima Honor Choice Watch 2 Epic bernilai RM499 setiap satu. Mereka yang melanggan juga akan mendapat Baucar 2x Points Boost,, yang menggandakan nilai penebusan mata Honor apabila membeli Magic 9 Pro Max.

Kempen ini berlangsung sehingga 17 November 2026, jam 11:59 malam, dan lima pemenang akan diumumkan pada 18 November 2026.

Setakat ini, Honor belum mendedahkan tarikh pelancaran Magic 9 Pro Max di Malaysia. Namun berdasarkan kempen ini, pelancarannya mungkin berlaku dalam beberapa minggu lagi.

Maklumat harga masih belum ada, tetapi untuk rujukan anda, di Hong Kong, Magic 9 Pro Max ditawarkan dalam dua konfigurasi RAM dan storan pada harga berikut:

  • RAM 12GB + storan 512GB: HKD 10,999 (sekitar RM5,673)
  • RAM 16GB + storan 1TB: HKD 14,999 (sekitar RM7,736)

Telefon ini ada dalam tiga warna: hijau, perak dan hitam.

Nantikan lebih banyak petunjuk daripada Honor Malaysia menjelang pelancaran tempatan.

Tags: honorhonor magicHonor Magic 9Honor Magic 9 Pro Maxhonor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN