• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A8 dan A8+ membuka laluan telefon pintar Samsung bagi 2018

  • OLEH Najib
  • 8:40 pm
  • 09/01/2018
  • Komen
Galaxy A8 dan A8+ membuka laluan telefon pintar Samsung bagi 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung sering memulakan tahun baru dengan melancarkan model baru dari siri Galaxy A. Bagi tahun 2018, Samsung akan membawakan Galaxy A8 dan A8+ (2018) ke Malaysia.

Tarikh ketibaan rasmi Galaxy A8 dan A8+ di Malaysia telah ditetapkan pada 17 Januari 2018, di mana Samsung telah mengeluarkan jemputan ke majlis pelancarannya. Dimaklumkan pelancarannya akan diadakan secara parti di kolam mandi, memberi petunjuk kepada satu fungsi yang terdapat padanya. Kalis air IP68.



Galaxy A8 & A8+ dikelaskan sebagai peranti kelas pertengahan premium. Kedua-dua model ini dikuasakan pemproses Exynos 7885 8-teras, tetapi Galaxy A8 diberikan 4GB RAM dan 32GB/64GB storan, manakala Galaxy A8+ pula 6GB RAM dan 64GB storan.

Telefon ini juga sangat menghampiri kelas flagship kerana dipasang skrin Super AMOLED Infinity 18:9 (5.6-inci di Galaxy A9 dan 6-inci Galaxy A8+). Tidak dilupakan ia kalis air dan debu IP68.



Tetapi kelebihan utamanya adalah pada dwi-lensa kamera hadapan, gandingan sensor 16MP f/1.9 dan 8MP f/1.9 bagi tangkapan potret dengan efek bokeh yang menawan. Sesuai untuk peminat swafoto. Kamera belakangnya tidak kurang juga hebat, 16MP f/1.7 untuk gambar lebih cerah dari biasa.

Bateri di dalam Galaxy A8 sebesar 3,000mAh manakala Galaxy A8+ pula 3,500mAh. Ia dicas melalui port USB-C dan menyokong pengecasan pantas Samsung Adaptive.

Harga telefon ini pasti akan diumumkan pada majlis pelancarannya, tetapi kita boleh merujuk kepada harganya di Vietnam memandakang ia telah dilancarkan di sana. Di Vietnam, Galaxy A8 berharga VND 10,990,000 (~RM1,944) manakala Galaxy A8+ pula VND 13,490,000 (~RM2,386).

Nantikan maklumat lanjut tentang Galaxy A8 dan Galaxy A8+ (2018) pada 17 Januari kelak. Pastinya kami akan memecahkan berita buat anda di sana.

Tags: galaxy a8Galaxy A8 2018samsungsamsung galaxy a8samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Galaxy A8 dan A8+ membuka laluan telefon pintar Samsung bagi 2018

Galaxy A8 dan A8+ membuka laluan telefon pintar Samsung bagi 2018

9 January 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN