• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lancar dua peranti baru azam Blackberry bagi tahun 2018

  • OLEH Najib
  • 4:47 pm
  • 10/01/2018
  • Komen
Lancar dua peranti baru azam Blackberry bagi tahun 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Azam tahun baru BlackBerry nampaknya agak realistik. Di pameran CES 2018, mereka berjanji untuk menghasilkan sekurang-kurangya dua peranti baru pada tahun 2018.

Ini dilihat boleh direalisasikan memandangkan mereka hadir dengan dua produk baru ke CES 2018. Satu adalah BlackBerry Motion dan satu lagi adalah warna terbaru peranti papan kekunci kegemaran ramai, BlackBerry KEYOne Bronze Edition. Atau Edisi Gangsa.



Rakan kerjasama BlackBerry, TCL Communications akan membawakan BlackBerry Motion ke pasaran Amerika Syarikat bulan ini, dan memperkenalkan warna baru Gangsa bagi BlackBerry KEYone ke seluruh dunia dalam masa terdekat.

Spesifikasinya sama sahaja seperti Black Edition yang dilancarkan sebelum ini. Dikuasakan pemproses Snapdragon 625, 4GB RAM dan 64GB storan. Untuk pasaran terpilih, ia datang dengan dua slot kad sim.



BlackBerry Motion pula adalah peranti terbaru yang dihasilkan TCL Communications. Ia tidak memiliki kekunci fizikal tetapi lengkap dengan pelbagai ciri terkini seperti pengecasan pantas, bateri besar 4,000mAh, skrin HD penuh 5.5-inci dan kalis air IP67.

Paling utama, BlackBerry memastikan kemaskini keselamatan tertinggi bagi semua peranti yang dikeluarkannya.

Apakah peranti baru BlackBerry yang akan diperkenalkan? Ia masih lagi misteri. Tetapi untuk yang menantikan KEYOne Bronze Edition, boleh menjangkakan ia akan mula dijual sekitar suku pertama tahun ini.

Bila pula BlackBerry Motion akan tiba di Malaysia? Masih belum ada khabar dari pengedar rasmi mereka di Malaysia, iaitu Brightstar. Diharapkan agar Brightstar akan segera melancarkannya di Malaysia.

[Sumber: CrackBerry]

Tags: BlackBerryBlackBerry KEYoneBlackBerry KEYone Bronze EditionCES2018KEYone Bronze
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Lancar dua peranti baru azam Blackberry bagi tahun 2018

Lancar dua peranti baru azam Blackberry bagi tahun 2018

10 January 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN