• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Tonton YouTube secara sembunyi di telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 12:48 pm
  • 15/01/2018
  • Komen
Tonton YouTube secara sembunyi di telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Incognito Mode adalah satu fungsi di dalam pelayar Chrome, di mana tetapan ini tidak menyimpan sejarah melayari laman web dan maklumat yang dimasukkan di dalam borang. Ia sangat sesuai digunakan pada komputer yang digunakan ramai. Apa kata jika mod ini terdapat pada aplikasi YouTube di telefon pintar?

Menurut kajian laman 9to5Google yang memeriksa fail pemasangan (APK) YouTube v13.01 di Android, mereka menemui beberapa fungsi baru di dalam kod sumber aplikasi tersebut.



Paling menarik, mereka menemui Incognito Mode di dalam kod sumber aplikasi tersebut. Walaupun pengguna telah sedia boleh mematikan seketika sejarah tontonan dan carian di dalam Settings History & Privacy, tetapi penggunaan Incognito pasti lebih memudahkan.

Selain itu, aplikasi YouTube yang baru ini akan memiliki Dark Theme, seperti yang telah sedia ada jika ditonton menerusi pelayar web. Ia mungkin boleh dihidup dan dimatikan dengan butang pantas.



Iklan yang boleh dilangkau selepas 5 saat di YouTube memang menjengkelkan. Selain perlu menekan butang melangkau, satu lagi fungsi baru yang ditemui adalah menyapu ke tepi untuk melangkau iklan tersebut.

Walaupun fungsi baru ini ditemui di dalam kod sumber aplikasi YouTube, ia masih tidak dijamin akan muncul secara rasmi di dalam kemaskini aplikasi akan datang. Harap-harap betul jadinya, terutama Incognito Mode tu.

[Sumber: AndroidAuthority, 9to5Google]

Tags: IncognitoYouTubeYouTube Incognito
Najib

Najib

POPULAR

Tonton YouTube secara sembunyi di telefon pintar

Tonton YouTube secara sembunyi di telefon pintar

15 January 2018
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN