• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telekom Malaysia Lancar Mobile@unifi Untuk Gantikan Webe?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:08 pm
  • 21/01/2018
  • Komen
Telekom Malaysia Lancar Mobile@unifi Untuk Gantikan Webe?
Share on FacebookShare on Twitter

Peneraju era Internet Convergence di Malaysia, Telekom Malaysia (TM) bercita-cita menyediakan penyelesaian jalur lebar dimana-mana dan bila-bila masa. Selepas HyppTV dijenamakan sebagai UniFi TV, TM kini dikesan menyenaraikan APP mobile@unifi di Play Store dan iTunes.

Untuk menyiasat lebih lanjut, saya telah memasang APP itu ke dalam telefon. Mobile@unifi pada pemerhatian saya, adalah satu portal kawal selia akaun telco sepert yang sedang diamalkan beberapa perkhidmatan telco “spesies baru” seperti ookyo dan tapp.



Seperti webe dulu, pendaftaran dilakukan sepenuhnya secara dalam talian dan anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja. RM10.60 caj perkhidmatan dikenakan jika anda memilih untuk dihantar pek SIM terus ke tangan anda.

Sebaliknya, tiada caj dikenakan jika anda hadir sendiri ke mana-mana TM Point yang disenaraikan dalam APP itu untuk mendapatkan pek SIM.



Untuk pelan telco, masih tiada butiran lanjut mengenainya termasuklah di laman unifi sendiri. Tapi, menurut screenshot yang dikongsikan dalam Play Store, RM50 memberikan anda 8GB data yang dibahagiakan 50:50 antara rangkaian 4G LTE dan juga 3G.

Tambah nilai pula dilakukan menggunakan kad debit/kredit dan langsung mencadangkan ia adalah satu perkhidmatan prabayar dan bukan pascabayar.

Daripada segi liputan perkhidmatan, anda boleh menjangkakan kualiti perkhidmatan yang sama dengan webe dulu sebelum penstrukturan semula webe berlaku. Anda boleh menempah kad SIM mobile@unifi secara dalam talian menggunakan APP di Android dan iOS.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Malaysia PrepaidMobile UniFiMobile@UniFiprepaidTM mobileTM Prepaidtm unifiUnifiUnifi mobileUniFi PrepaidWebeWebe prepaid
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Telekom Malaysia Lancar Mobile@unifi Untuk Gantikan Webe?

Telekom Malaysia Lancar Mobile@unifi Untuk Gantikan Webe?

21 January 2018
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN