• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan baru U Mobile Unlimited Hero P79 dapat Spotify Premium percuma

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 23/01/2018
  • Komen
Pelan baru U Mobile Unlimited Hero P79 dapat Spotify Premium percuma
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile hari ini melancarkan pelan baru pascabayar, Unlimited Hero P79 yang menggantikan pelan lama Hero P78. Ia datang dengan pelbagai perkara tanpa-had, dengan tawaran baru Spotify Premium percuma.

Berbeza dengan pelan Hero P78 dengan data tanpa-had tapi disekat kelajuan ke 5Mbps, pelan Hero P79 baru ini datang dengan 20GB berkelajuan tinggi. Ia juga diberikan data Roam-Onz ke 12 negara sebanyak 1GB, penurunan dari 5GB di pelan Hero P78.



Tapi usah risau, Hero P79 memiliki panggilan tanpa-had ke semua rangkaian, strim muzik tanpa-had melalui Music-Onz dan strim video tanpa-had dengan Video-Onz. Malah WhatsApp, WeChat dan Waze juga boleh digunakan tanpa-had.

Cuma App-Onz yang menyediakan data tanpa-had untuk Facebook, Twitter dan Instagram tidak pula kelihatan dalam pelan ini.



U Mobile memberikan Spotify Premium PERCUMA selama 6 bulan dalam pelan Hero P79 ini. Tetapi ia hanya untuk mereka yang melanggan sebelum 31 Mac 2018 sahaja.

Untuk menerima pas Spotify Premium ini, pelanggan perlu melawat pautan ini menggunakan talian mudah alih U Mobile (tanpa WiFi) daftar masuk ke akaun Spotify. Daftar akaun baru jika belum pernah mendaftar Spotify sebelum ini. Selepas 6 bulan, langganan Spotify Premium akan dicaj ke dalam bil pelanggan.

U Mobile turut menyediakan pelan Share 20, di mana pengguna Hero P79 boleh berkongsi data dengan talian tambahan. Hanya bayar tambahan RM20 sebulan dan nikmati panggilan 30 minit percuma sesama rangkaian U Mobile dengan data 20GB dikongsi dari talian utama Hero P79.

Rujuk jadual di bawah untuk perbandingan pelan pascabayar Unlimited U Mobile. Mereka juga membuat perbandingan dengan pelan Digi, Celcom dan Maxis yang menunjukkan betapa pemurahnya data yang U Mobile berikan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Pascabayar Hero U Mobile.

Tags: Hero P79u mobileU Mobile HeroU Mobile P79Unlimited Hero
Najib

Najib

POPULAR

Pelan baru U Mobile Unlimited Hero P79 dapat Spotify Premium percuma

Pelan baru U Mobile Unlimited Hero P79 dapat Spotify Premium percuma

23 January 2018
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN