• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sensor Kamera Terbaru Samsung Boleh Rakam Aksi Neo Elak Peluru

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:26 pm
  • 23/01/2018
  • Komen
Sensor Kamera Terbaru Samsung Boleh Rakam Aksi Neo Elak Peluru
Share on FacebookShare on Twitter

Budak-budak 90-an pasti ingat akan adegan dalam filem The Matrix, yang memaparkan protagonisnya mengelak peluru. Tak lama lagi, anda boleh meniru aksi sedemikian apabila Samsung gunakan sensor kamera terbaru pada telefon mereka kelak.

Ini semua dimungkinkan dengan penggunaan tiga lapisan sensor dengan kemampuan bacaan pantas. Menggunakan teknologi sedemikian, sensor ini mampu merakam video 480fps pada resolusi HD penuh.



Ya, Sony ada sensor 960fps pada 720p. Cumanya kesan slow-mo terlajak itu hanya boleh dirakam hanya beberapa saat berbanding ISOCELL Samsung yang mungkin boleh merakam lebih panjang.

Bukan itu saja, sistem autofokus juga telah ditambah baik oleh Samsung. Hasilnya, bidikan fokus akan jadi lebih pantas berbanding yang sedia ada.



Dual Pixel Super Phase Detection (Super PD) mampu mencari fokus walau dalam keadaan malap serta boleh menganggarkan jarak subjek yang bergerak pantas dengan lebih jitu dan tepat.

Ramai berspekulasi yang Samsung akan menggunakan sensor ini dalam Galaxy S9 dan S9+. Mereka dijangka memperkenalkan telefon itu di MWC2018 sekitar Februari 2018.

[Sumber: PhoneArena]

Tags: Galaxy S9ISOCELLsamsungSamsung Galaxy S9Super PD
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Sensor Kamera Terbaru Samsung Boleh Rakam Aksi Neo Elak Peluru

Sensor Kamera Terbaru Samsung Boleh Rakam Aksi Neo Elak Peluru

23 January 2018
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN