• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:57 am
  • 27/10/2026
  • Komen
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengemas kini model iPad Mini untuk tahun 2026, selepas dua tahun iPad Mini dengan cip A17 Pro diumumkan pada tahun 2024.

Untuk model iPad Mini 2026, ia bukan sahaja mendapat cip baharu yang lebih berkuasa, tetapi juga hadir dengan skrin OLED lebih besar serta rekaan lebih nipis dan ringan. Menariknya, ia juga menjadi model iPad pertama yang dilengkapi penarafan kalis air dan debu IP67.



Harga dan ketersediaan iPad Mini 2026 di Malaysia

Seperti biasa iPad Mini baharu ini. ditawarkan dalam dua versi WiFi dan WiFi dan selular. Terdapat tiga pilihan storan yang disediakan dan berikut adalah senarai harga rasmi iPad Mini A20 Pro di Malaysia:

iPad Mini A20 Pro WiFi



  • 128GB – RM2,999
  • 256GB – RM3,399
  • 512GB – RM4,299

iPad Mini A20 Pro WiFi + 5G

  • 128GB – RM3,699
  • 256GB – RM4,099
  • 512GB – RM4,999

iPad Mini dengan cip A20 Pro baharu ini sedia untuk ditempah di Malaysia bermula Khamis, 29 Oktober 2026 pada jam 1:10 pagi. Jualan rasmi pula akan bermula pada Jumaat, 6 November 2026.

Bagi pelajar dan pendidik, Program Pendidikan Apple menawarkan harga permulaan serendah RM2,779.

Sebagai perbandingan, model iPad Mini A17 Pro terdahulu dilancarkan di Malaysia pada harga bermula RM2,199 untuk versi 128GB WiFi dan RM2,899 bagi versi 128GB WiFi + Selular. Ini bermakna harga permulaan bagi iPad Mini generasi baharu ini menyaksikan peningkatan ketara sebanyak RM800.

Buat pertama kalinya, Apple turut memperkenalkan pilihan kaca paparan nano-texture untuk iPad Mini, pilihan yang biasanya terdapat untuk iPad Pro. Pilihan ini ditawarkan hanya untuk konfigurasi 256GB dan 512GB dengan bayaran tambahan sebanyak RM400.

Dari segi aksesori, tablet kompak ini kekal menyokong Apple Pencil Pro dan pilihan lebih mampu milik, Apple Pencil USB-C.

Spesifikasi iPad Mini OLED 2026

Antara naik taraf paling besar yang dibawakan adalah pada bahagian paparan. Apple telah menggantikan panel Liquid Retina IPS LCD 8.3″ terdahulu kepada panel Super Retina XDR OLED bersaiz 8.5″ yang lebih besar beresolusi 2316 x 1512.

Selain memberikan warna hitam yang lebih pekat dan kontras lebih jitu, skrin OLED baharu ini juga jauh lebih terang. Ia menyokong kecerahan skrin penuh sehingga 600 nits, manakala kecerahan puncak bagi kandungan HDR boleh mencecah sehingga 1,200 nits berbanding 500 nits pada skrin IPS sebelumnya. Panel OLED ini turut menawarkan nisbah kontras 2,000,000:1 serta boleh diturunkan serendah 1 nit untuk keselesaan tontonan dalam persekitaran gelap.

Bagaimanapun, iPad Mini baharu ini masih tidak menyokong teknologi ProMotion. Ini bermakna kadar segar semulanya kekal terhad pada 60Hz, bukan 120Hz yang lebih lancar seperti pada siri iPad Pro.

Meskipun saiz skrinnya sedikit besar, dimensi tablet ini sebenarnya lebih kompak berbanding model terdahulu. Ia berukuran 195.3mm tinggi, 132.6mm lebar, dan hanya 5.4mm nipis. Berbanding model A17 Pro, ia adalah 0.1mm lebih pendek, 2.2mm lebih tirus, dan 0.9mm lebih nipis.

iPad Mini 2026 juga lebih ringan, dengan model WiFi seberat 255g iaitu 38g lebih ringan berbanding sebelum ini, manakala varian WiFi + 5G pula lebih ringan 34g pada 263g.

Atas papan utama, iPad Mini dikuasakan cip Apple A20 Pro cip sama yang menguasakan siri iPhone 18 Pro. Menariknya, terdapat perbezaan varian CPU mengikut saiz storan yang dipilih. Model 128GB dan 256GB menerima CPU 5-teras yang merangkumi dua teras prestasi dan tiga teras kecekapan, manakala varian tertinggi 512GB mendapat CPU 6-teras dengan penambahan satu lagi teras kecekapan.

Kesemua varian dilengkapi GPU 7-teras, namun model 512GB menerima enjin pemprosesan AI dwiteras (Dual 16-core Neural Engine), berbanding enjin tunggal 16-teras biasa.

Menurut Apple, cip A20 Pro membawakan prestasi CPU multi thread sehingga 60% lebih pantas dan prestasi grafik sehingga 2.7 kali ganda lebih laju berbanding generasi sebelumnya. Ia turut menyokong ray tracing berasaskan perkakasan (hardware-accelerated) serta Neural Accelerators pada setiap teras GPU.

Satu lagi perubahan menarik ialah sistem pembesar suaranya. Menggantikan susunan dwipembesar suara biasa, iPad Mini kini menggunakan teknologi Acoustic Display. Apple menjelaskan bahawa ia menggunakan woofer khas yang dipadankan terus dengan paparan bagi menghasilkan bass lebih padu dan bunyi lebih lantang, manakala terdapat unit tweeter tersorok di antara kaca dan kerangka aluminium untuk audio frekuensi tinggi yang jelas.

Reka bentuk audio baharu ini turut membantu Apple mencapai pensijilan kalis debu dan air IP67, menjadikannya iPad pertama yang memiliki penarafan tersebut. Penarafan IP67 ini bermakna ia kalis habuk sepenuhnya dan mampu bertahan rendaman di dalam air tawar sehingga kedalaman 1 meter selama 30 minit.

Untuk fotografi, iPad Mini mengekalkan kamera belakang 12MP dengan keupayaan rakaman video 4K sehingga 60fps. Kamera hadapan 12MP Center Stage kini diposisikan semula pada sisi landskap, memberikan sudut pandangan yang lebih natural sewaktu panggilan video atau sidang panggilan apabila tablet diletakkan melintang.

Ia turut menyokong fungsi pengecasan pantas buat kali pertama, dengan Apple dakwa mampu mengecas sehingga 50% dalam tempoh 30 minit apabila menggunakan kepala pengecas USB-C 35W atau lebih tinggi. Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa Apple masih menyertakan pengecas 20W USB-C sahaja di dalam kotak.

Ketahanan baterinya dinilai sehingga sehingga 10 jam untuk melayar web atau penstriman video pada satu cas penuh, sama seperti iPad lain. Tablet ini beroperasi menggunakan sistem operasi iPadOS 27 dengan sokongan penuh ciri kecerdasan Apple Intelligence, serta mengekalkan pengimbas cap jari Touch ID pada butang kuasa atas dan sambungan port USB-C.

Maklumat lanjut tentang spesifikasi boleh anda dapatkan di laman produk iPad Mini 2026.

Tags: appleapple malaysiaipadiPad MiniiPad mini OLED
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN