• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laptop THUNDEROBOT lebih murah sampai RM500 dari biasa

  • OLEH Najib
  • 12:12 pm
  • 25/01/2018
  • Komen
Laptop THUNDEROBOT lebih murah sampai RM500 dari biasa
Share on FacebookShare on Twitter

THUNDEROBOT baru membuat kemunculan sulung mereka di Malaysia minggu lepas, apabila melancarkan empat model laptop gaming mereka iaitu 911SE, ST Plus, 911GT dan Dino. Harga yang ditawarkan THUNDEROBOT agak kompetitif, tetapi ia nampak lebih menarik hari ini.

Dua laptop THUNDEROBOT ditemui berharga lebih murah di Lazada. Model paling murah 911SE yang berharga RM4,499, dilihat dijual oleh seorang pengedar pada RM3,999 sahaja, RM500 lebih murah. Manakala model paling popular mereka, ST Plus yang berharga RM4,899, boleh dibeli pada RM4,499 iaitu RM400 lebih rendah.



THUNDEROBOT 911SE adalah laptop gaming permulaan yang dikuasakan pemproses Intel Core i5-7300HQ, 8GB RAM DDR4, grafik NVIDIA GeForce GTX1050 Ti bersama storan 1TB HDD dan 128GB SSD. Skrinnya menggunakan panel IPS HD Penuh 1080p, berukuran 15.6-inci.

Ia memiliki papan kekunci berlampu putih, serta port sambungan yang mencukupi seperti USB-A, USB-C, RJ-45, Mini Display Port, HDMI, pembaca kad memori bersama WiFi AC dan Bluetooth 4.2.



THUNDEROBOT ST Plus pula memiliki rekabentuk yang sama seperti 911SE, tetapi dengan kuasa dipertingkatkan dengan pemproses Intel Core i7-7700HQ. Lain-lain perkara sama seperti 911SE iaitu 8GB RAM DDR4, grafik NVIDIA GeForce GTX1050 Ti bersama storan 1TB HDD dan 128GB SSD.

Satu lagi kelebihan ST Plus berbanding 911SE adalah papan kekuncinya. ST Plus dilengkapi papan kekunci dengan lampu RGB yang boleh diubah sehingga 16.8 juta warna.

Jika berminat dengan 911SE berkuasa Core i5-7300HQ + berharga RM3,999, boleh dapatinya di stor Lazada di sini. Manakala ST Plus dengan Intel Core i7-7700HQ + GeForce GTX1050 Ti + kekunci berlampu RGB berharga RM4,499, boleh lawati stor Lazada di sini.

Tags: THUNDEROBOTTHUNDEROBOT 911SETHUNDEROBOT LazadaTHUNDEROBOT MalaysiaTHUNDEROBOT ST Plus
Najib

Najib

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Laptop THUNDEROBOT lebih murah sampai RM500 dari biasa

Laptop THUNDEROBOT lebih murah sampai RM500 dari biasa

25 Januari 2018
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER