• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli Kamera Aksi, Jimat RM3,152, Dan Dapat Drone Serta Gimbal Percuma

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:55 pm
  • 28/01/2018
  • Komen
Beli Kamera Aksi, Jimat RM3,152, Dan Dapat Drone Serta Gimbal Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Inilah kali pertama kami dengar orang buat promosi macam “cuci tangan” sebegini. Cameralah di kedai dalam talian meraka membolehkan anda membeli pakej 3-dalam-1 pada harga 48% lebih murah. Anda boleh membeli sebuah GoPro Hero5 Black, Gopro Karma Grip, serta GoPro Karma pada harga RM3,428.

GoPro Hero5 Black

Kamera aksi Hero5 Black dilancarkan sekitar September 2016 dengan membawakan fungsi rakaman video beresolusi 4K sehingga 30fps. Ia adalah GoPro pertama yang tidak memerlukan perumah khas untuk berada dalam air. Walau bagaimanapun, untuk selaman yang lebih dalam, perumah khas diperlukan untuk menahan tekanan air keatas badan kamera itu.



Selain resolusi yang ditambah baik, Hero5 memiliki penstabil imej elektronik (EIS) untuk menstabilkan rakaman video. Bergandingan dengan Karma Grip, hasil video pastinya setaraf video professional.

GoPro Karma Grip

Karma Grip adalah gimbal tangan hasilan GoPro untuk bersaing dengan produk seperti DJI Osmo. Ia berfungsi untuk menstabilkan rakaman video apabila kamera dikendalikan menggunakan tangan.



Tiga motor yang hadir pada Karma Grip menstabilkan apa-apa pergerakkan dalam tiga paksi. Maka, sungguhpun anda sedang berlari ataupun merakam dalam persekitaran yang bergegar, hasil rakaman tetap stabil dan boleh ditonton tanpa memeingkan kepala.

Kebaikkan Karma Grip berbanding pesaingnya adalah Bateri yang berasingan digunakan untuk menguasakan motor gimbal dan kamera. Hal ini bermakna, waktu penggunaan nyata dipanjangkan dan ia menjurus kepada waktu rakaman yang lebih panjang.

GoPro Karma

Karma adalah percubaan GoPro untuk bersaing dalam arena drone yang kini dikuasai oleh DJI. Karma memiliki rekaan yang agak unik. Sedang drone sekelasnya menambat kamera pada sebelah bawah pesawat, Karma membawa sebuah GoPro pada muncung drone. Ini menyebabkan Karma memiliki dimensi yang lebih kecil terutamanya pada bahagian bawah dan ia menyumbang pada tahap mobiliti yang tinggi.

Satu lagi keunikkan Karma adalah, sistem kameranya berkongsi dengan Karma Grip. Pengguna perlu menanggalkan gimbal pada Karma Grip untuk digunakan pada Karma.

Adakah anda rasakan ia berbaloi memandangkan siri Karma sudahpun dihentikan penghasilkannya dek kesukaran memberikan keuntungan pada syarikat.

Terus ke utusan promosi ini di Facebook untuk maklumat lanjut.

Tags: cameralahdiskaunGoProgopro hero5GoPro HERO5 Blackgopro karmagopro karma grippromosi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Beli Kamera Aksi, Jimat RM3,152, Dan Dapat Drone Serta Gimbal Percuma

Beli Kamera Aksi, Jimat RM3,152, Dan Dapat Drone Serta Gimbal Percuma

28 January 2018
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN