• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telco Yoodo Beroperasi Ibarat Menjual Nasi Campur

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:22 am
  • 29/01/2018
  • Komen
Telco Yoodo Beroperasi Ibarat Menjual Nasi Campur
Share on FacebookShare on Twitter

Yoodo adalah sebuah telco baru yang dilancarkan secara rasmi pada 30 Januari 2018. Seperti “telco digital” yang telah kami huraikan secara komprehensif dalam artikel ini, Yoodo memiliki tawaran yang unik buat pelanggannya. Pada Yoodo, perniagaan telco adalah sama seperti menjual nasi campur, anda boleh suai padan lauk dan nasik mengikut bajet anda.

Ada tiga jenis “lauk” yang boleh anda pilih iaitu:



  • Data
  • Suara
  • SMS

Opsyen termurah adalah berharga RM3/bulan dan anda akan menerima 50 SMS. Jika anda terlalu lapar, anda boleh membayar RM222/bulan untuk menikmati 100GB data, 5GB Facebook, 10GB YouTube, 5GB Instagram, panggilan suara 2,000 minit, serta SMS sebanyak 2,000 unit.

Anda boleh ke kaunter “aneka sambal” untuk memberi rencah pada pelan asas yang telah anda reka tadi. Anda boleh memilih sama ada:



  • 5GB Facebook untuk RM10/bulan
  • 10GB YouTube untuk RM20/bulan
  • 5GB Instagram untuk RM10/bulan

Jika tak cukup pedas, anda boleh ke kaunter “aneka sambal” untuk tambahkan perisa pada pelan telco.

Kelebihan Yoodo dalam kalangan beberapa telco digital lain adalah ia tidak memerlukan VPN untuk beroperasi. Maka, ia disokong iOS. Selain itu, perkhidmatan roaming pun ada jika anda ingin merantau ke luar negara.

Perkhidmatan pindah nombor masuk ke rangkaian turut disediakan jika anda ingin mengekalkan nombor sedia ada.

Selaku telco digital, segala urusan berkaitan telco dilakukan secara dalam talian. Terus ke laman rasmi meka untuk mendaftar ataupun mencari maklumat lanjut.

Anda juga boleh memuat turun APP rasmi mereka yang ada di PlayStore dan Appstore.

Tags: celcomcelcom axiataCustomisableMalaysia telcoPostpaidprepaidtelcoyoodoyoodo MalaysiaYoodo MNPYoodo planYoodo roam like homeYoodo TelcoYoudoitbetter
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telco Yoodo Beroperasi Ibarat Menjual Nasi Campur

Telco Yoodo Beroperasi Ibarat Menjual Nasi Campur

29 January 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN