• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Casing Kristal Swarovski hadiah untuk pembeli terawal OPPO F5

  • OLEH Najib
  • 5:34 pm
  • 01/02/2018
  • Komen
Casing Kristal Swarovski hadiah untuk pembeli terawal OPPO F5
Share on FacebookShare on Twitter

Buat yang gemarkan warna biru, telefon pintar pakar selfie OPPO F5 berwarna biru kini telah didedahkan tarikh tempahannya. Warna biru yang digelar Dashing Blue ini akan dibuka tempahan bermula 5 Februari akan datang.

Tempahan OPPO F5 Dashing Blue akan dibuka bermula dari jam 12 tengahari, pada hari Isnin 5 Februari sehingga 10 Februari 2018, menerusi stor online OPPO Malaysia dan stor konsep OPPO.



Harga OPPO F5 Dashing Blue masih belum diumumkan, tetapi kami jangka ia akan kekal sama dengan harga OPPO F5 yang lain, iaitu RM1,298. Tetapi bertuahnya bakal pembeli OPPO F5 Dashing Blue, kerana OPPO Malaysia menyediakan hadiah untuk tempahan terawal.

500 tempahan pertama OPPO F5 Dashing Blue yang dibuat dalam talian sama ada di Lazada, 11street dan Shopee, akan menerima sekotak hadiah berisi casing bertatah kristal Swarovski eksklusif. Pembeli juga diberi pilihan untuk mencetak secara lazer (maksima 10 karakter) di belakang casing tersebut.



OPPO hadir dengan warna biru ini untuk meraikan hari Valentine yang disambut pada 14 Februari. Kerana itu OPPO menyertakan casing bertatah kristal Swarovski bersamanya, menjadikannya hadiah yang sesuai untuk menyambut hari tersebut.

Di samping itu, OPPO turut melancarkan filem pendek bertajuk “Listen to you heart“, hasil lakonan artis dari Taiwan, Eric Chou bersama selebriti Malaysia, Min Chen. Ia juga menjadikan OPPO F5 Dashing Blue sebagai watak utama di dalam filem ini. Filem pendek tersebut boleh ditonton di bawah ini:

Lebih menarik, OPPO Malaysia mengadakan peraduan yang menyediakan hadiah berupa sebuah telefon pintar OPPO F5. Hanya kongsikan filem pendek di atas di Facebook anda. Tarikh tutup penyertaan ialah 1 Februari 2018. Maklumat lanjut peraduan boleh dirujuk di sini.

Ingat, tempahan OPPO F5 Dashing Blue akan dibuka bermula jam 12 tengahari pada Isnin depan, 5 Februari 2018. Hanya 500 tempahan terawal sahaja akan menerima hadiah percuma casing bertatah kristal Swarovski.

Tags: oppoOPPO F5OPPO F5 Dashing BlueOPPO F5 MalaysiaOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Casing Kristal Swarovski hadiah untuk pembeli terawal OPPO F5

Casing Kristal Swarovski hadiah untuk pembeli terawal OPPO F5

1 February 2018
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER