• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Mengapa Telegram hilang dari Apple Appstore?

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 01/02/2018
  • Komen
Mengapa Telegram hilang dari Apple Appstore?
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 2/2/2018 7.30pm – Aplikasi Telegram dan Telegram X kembali muncul di Appstore.

Walaupun Telegram tidak sepopular WhatsApp di Malaysia, ia adalah platform permesejan yang digemari ramai pengguna terutamanya di iPhone. Malah, Telegram sering menjadi menjadi pencetus atau yang pertama memperkenalkan fungsi-fungsi hebat dalam permesejan.



Tetapi hari ini ia tidak lagi dapat ditemui di dalam Apple Appstore.

Perkara ini pertama kali dilaporkan oleh pengguna di forum Reddit, di mana mereka mengandaikan ia berkait rapat dengan satu pengumuman besar yang dibuat Telegram berkenaan aplikasi tersebut di Android. Hari ini Telegram melancarkan Telegram X di Android, masih lagi permesejan yang sama tetapi direka semula dari asas dengan prestasi yang lebih baik dari aplikasi Telegram sedia ada.



https://telegram.org/resources/video/AndroidX640.mp4

Masih lagi tidak diketahui mengapa Telegram hilang dari Apple Appstore, tetapi seorang pengguna Reddit memberitahu, beliau mendapat maklumbalas dari sokongan Telegram yang menyatakan, pembuangan aplikasi Telegram dari Appstore adalah satu kesilapan dan mereka kini sedang memperbaikinya.

Tetapi tweet dari pengasas dan CEO Telegram, Pavel Durov mungkin memberi sedikit jawapan tentang masalah ini. Menurut beliau, Apple telah menurunkan aplikasi Telegram dari Appstore kerana terdapat kandungan tidak sesuai dihantar kepada pengguna. Mereka kini sedang menyediakan langkah keselamatan dan akan memuat naik semula Telegram ke Appstore dengan segera.

We were alerted by Apple that inappropriate content was made available to our users and both apps were taken off the App Store. Once we have protections in place we expect the apps to be back on the App Store.

— Pavel Durov (@durov) February 1, 2018

Kepada pengguna Telegram sedia ada di iOS, adakah anda menghadapi gangguan menggunakan Telegram? Harapnya perkara ini tidak berlanjutan terlalu lama.

[Sumber: 9to5mac, Reddit]

Tags: iOSiphonetelegramTelegram iOSTelegram X
Najib

Najib

POPULAR

Mengapa Telegram hilang dari Apple Appstore?

Mengapa Telegram hilang dari Apple Appstore?

1 February 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN