• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon nirbingkai mampu milik Xiaomi bakal tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 01/02/2018
  • Komen
Telefon nirbingkai mampu milik Xiaomi bakal tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi peminat Xiaomi atau mereka dengan bajet yang kecil, boleh membeli telefon dengan skrin nirbingkai pada harga lebih murah dengan ketibaan set rasmi Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus di Malaysia. Perkara ini diumumkan oleh salah satu penjual telefon pintar yang popular, Satu Gadget Dot Com (SatuGadget).

SatuGadget telah memaparkan iklan di Facebook mereka, di mana ia menunjukkan Redmi 5 dan Redmi 5 Plus akan tiba di Malaysia pada 7 Februari 2018. Gambar tersebut turut menyatakan ia memiliki RAM sebanyak 3GB dan storan dalaman 32GB.



Selain itu, tidak ada maklumat lain yang dinyatakan, terutama sekali tentang harganya. Untuk perbandingan, DirectD telah menjual set import Redmi 5 dan Redmi 5 Plus pada harga RM699 sahaja, walaupun kedua-duanya memiliki skrin dan spesifikasi berbeza. Di China, Redmi 5 3GB+32GB dijual pada harga RMB899 (~RM554) manakala Redmi 5 Plus 3GB+32GB pula RMB999 (~RM615).

Redmi 5 adalah telefon pintar dengan skrin nirbingkai 5.7-inci HD+ 720p. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 450 bersama bateri 3,300mAh. Kameranya 12MP di belakang dan 5MP di hadapan.



Redmi 5 Plus memiliki skrin nirbingkai lebih besar, berukuran 5.99-inci HD Penuh+. Pemprosesnya juga lebih baik, iaitu Snapdragon 625 dengan bateri 4,000mAh. Kameranya pula 12MP di belakang dan 5MP di hadapan.

[Sumber: SatuGadget]

Tags: Mi Malaysiaredmi 5Redmi 5 Malaysiaredmi 5 plusRedmi 5 Plus MalaysiaSatuGadgetxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Telefon nirbingkai mampu milik Xiaomi bakal tiba di Malaysia

Telefon nirbingkai mampu milik Xiaomi bakal tiba di Malaysia

1 February 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN