• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM500 masa terhad telefon pintar Nubia M2 Lite 64GB

  • OLEH Najib
  • 8:56 pm
  • 08/02/2018
  • Komen
Diskaun RM500 masa terhad telefon pintar Nubia M2 Lite 64GB
Share on FacebookShare on Twitter

Diskaun 50% untuk Nubia M2 Lite ni bukan potongan harga 100 atau 200, sebaliknya ia adalah potongan harga sebanyak RM500. Dari asalnya RM999, orang ramai di Malaysia kini boleh mendapatkan Nubia M2 Lite pada harga RM499 sahaja.

Lebih menarik lagi, Nubia M2 Lite yang ditawarkan ini memiliki storan 64GB, sesuatu yang agak besar untuk julat harga ini. Memang sukar untuk menemui telefon pintar baru bersama 64GB storan di bawah RM500.



Tetapi tawaran ini terhad selagi stok masih ada. Ia ditawarkan menerusi stor rasmi Nubia Malaysia di Shopee Mall. Setakat waktu taipan ini, sebanyak 16 unit berwarna hitam dan 1 unit berwarna emas masih terdapat di stor tersebut. Selain itu, ia juga boleh dibeli menerusi laman web Nubia Malaysia.

Nubia M2 Lite adalah telefon pintar kelas pertengahan, dengan kuasa cip Mediatek MTK MT6750 8-teras, 3GB RAM dan 64GB storan dalaman. Skrinnya berukuran 5.5-inci 16:9 dengan resolusi HD 1280×720.



Ia memiliki kamera belakang 13MP F2.2 serta kamera hadapan 16MP F2.0 bersudut lebar. Baterinya pula berkapasiti 3,000mAh yang dicas melalui mikroUSB 2.0.

Jangan terlambat untuk memiliki Nubia M2 Lite dengan 64GB storan ini pada harga hanya RM499. Siapa cepat, dia yang dapat.

Tags: NubiaNubia M2 LiteNubia M2 Lite 64GBNubia MalaysiaTelefon Murah
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM500 masa terhad telefon pintar Nubia M2 Lite 64GB

Diskaun RM500 masa terhad telefon pintar Nubia M2 Lite 64GB

8 February 2018
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN