• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xpax bagi 3x data lebih banyak selama 3 bulan dengan syarat

  • OLEH Najib
  • 12:53 pm
  • 09/02/2018
  • Komen
Xpax bagi 3x data lebih banyak selama 3 bulan dengan syarat
Share on FacebookShare on Twitter

Xpax kini melancarkan promosi data 3x ganda untuk hampir semua pelan data yang ditawarkannya. Ia diadakan sempena Tahun Baru Cina yang tiba bulan ini, dan dilanjutkan selama 3 bulan.

Promosi 3x data Xpax ini berlangsung dari 8 Februari hingga 30 April 2018. Data 3x ganda ini ditawarkan hanya untuk pelan mingguan dan bulanan sahaja, tidak termasuk pelan harian.



Tetapi Xpax menyediakan tawaran khas buat pelan harian, iaitu 10GB data khas instagram dan 10GB lagi data khas Facebook percuma.

Berbalik kepada promosi 3x data tadi, ia diberikan kepada semua pelan data serta pelan data tambahan seperti Facebook Walla, Instagram Walla, Video Walla serta Internet larut Malam.



Contohnya, jika anda melanggan pelan mingguan RM10 2GB, anda akan menerima data berjumlah 6GB. Pelan bulanan RM30 5GB pula, akan diberikan data berjumlah 15GB.

Tetapi anda perlu ambil perhatian dan peka dengan data bonus ini.

Ini kerana data bonus ini hanya sah digunakan selama 2 hari dari tarikh langganan untuk pelan mingguan, dan sah selama 3 hari bagi pelan bulanan.

Contohnya, dengan melanggan pelan mingguan RM10 2GB, anda akan diberi tempoh selama 2 hari untuk menggunakan 4GB data, dan 7 hari untuk 2GB, semuanya berjumlah 6GB.

Bagi contoh pelan bulanan RM30 5GB pula, anda menerima 10GB data yang boleh digunakan selama 3 hari sahaja, dan 5GB data lagi untuk digunakan selama 30 hari. Jumlah data yang diberi adalah 15GB.

Sama juga untuk pelan Add-Ons. Langganan Facebook Walla mingguan RM7 10GB, akan dapat menggunakan 20GB selama 2 hari, dan 10GB lagi selama 7 hari.

Jadi, anda perlu merancang tarikh bilakah anda akan menggunakan paling banyak data. Jika sudah dikenalpasti, langgan pelan data Xpax bermula dari tarikh tersebut agar data bonus itu boleh digunakan selama 2 atau 3 hari kemudian.

Langganan semua pelan ini boleh dibuat seperti biasa, sama ada menerusi panggilan USSD *118# ataupun terus dari aplikasi mudah alih Xpax yang boleh dimuat turun dari Apple Appstore dan Google Playstore.

Walaupun ini satu langkah yang bagus untuk Xpax menarik pelanggan, tetapi ia terasa seperti udang di sebalik batu. Kita sebagai pengguna, haruslah bijak memilih memandangkan persaingan dunia telekomunikasi mudah alih semakin ganas, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna di Malaysia.

Semak jadual penuh promosi 3x data Xpax di bawah ini. Maklumat lanjut  boleh dirujuk di laman web Pelan Internet Xpax.

 

Tags: 3x data3x Data XpaxTahun Baru Cinaxpax
Najib

Najib

POPULAR

Xpax bagi 3x data lebih banyak selama 3 bulan dengan syarat

Xpax bagi 3x data lebih banyak selama 3 bulan dengan syarat

9 February 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER