ShopBack merupakan platform tunai kembali (cashback) yang popular di Asia Tenggara dan mereka akan menyambut ulangtahun ke-3 tidak lama lagi. Bersempena itu, ShopBack mahu meraikannya dengan orang ramai melalui peraduan You Shop, We Pay (Anda Beli, Kami Bayar).
Khas pada hari ulangtahun ShopBack ke-3 yang jatuh pada 22 Februari 2018, semua pengguna yang membeli-belah menerusi ShopBack di lebih 500 rakan niaga berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM18,000.
Seramai tiga pembeli bertuah yang memenuhi ciri-ciri di atas, akan dipilih. Mereka yang terpilih ini akan dijemput ke pejabat ShopBack di mana mereka berpeluang membeli-belah di Lazada dengan bajet diberikan sebanyak RM10ribu, RM5ribu dan RM3ribu.
Selain itu, ShopBack juga menyediakan pelbagai tawaran lain untuk memeriahkan lagi sambutan ulangtahun ke-3 mereka. Di antaranya pemberian cashback 100% semasa jualan kilat, pemberian cashback berganda serta kod diskaun eksklusif untuk pengguna ShopBack.
ShopBack memaklumkan, sejak 3 tahun lepas mereka telah berkhidmat untuk lebih 850 ribu pengguna di Malaysia. Lebih RM25 juta cashback juga telah diberikan menerusi pelbagai pembelian, termasuk penggunaan perkhidmatan Grab dan Uber.
Malah, sepanjang kempen perayaan Tahun Baru Cina yang lepas, dari 15 Januari hingga 16 Februari 2018, lebih RM1 juta cashback telah diberikan kepada pengguna di Malaysia. Antara barangan yang popular adalah seperti kad petrol, susu bayi dan kad tambah nilai.
ShopBack juga baru melancarkan program ‘partial Cashback‘ di mana pengguna boleh memilih untuk mengeluarkan apa jua nilai cashback yang mereka perolehi (minima RM10). Pengeluaran cashback ini boleh dibuat ke akaun bank pengguna, ataupun digunakan untuk membayar bil telefon (Maxis sahaja buat masa ini).
ShopBack juga sedang dalam perancangan untuk meluaskan lagi cara pembayaran cashback menerusi rakan niaga lain, serta program kesetiaan dan ganjaran.
Jangan lupa untuk membeli-belah menggunakan ShopBack pada hari Khamis ini, 22 Februari 2018 untuk memenangi sebahagian dari RM18,000 hadiah yang ditawarkan. Maklumat penuh dan terkini tentang tawaran ulangtahun ke-3 Shopback ini boleh didapati di Facebook ShopBack Malaysia atau pergi ke laman web www.shopback.my/anniversary.