• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kedai makan dan gim KBS terima bayaran nirtunai vcash

  • OLEH Najib
  • 8:16 pm
  • 21/02/2018
  • Komen
Kedai makan dan gim KBS terima bayaran nirtunai vcash
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem pembayaran tanpa tunai atau nirtunai sedang berkembang pesat di Malaysia. Salah satu darinya adalah vcash yang dihasilkan Digi dan kini ia boleh digunakan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya.

Tiga lokasi di dalam Menara KBS kini menerima pembayaran melalui vcash iaitu Rimau Cafe, Gim KBS dan Kafe Teratai. Tidak perlu lagi membawa wang tunai atau mencari wang kecil untuk membuat bayaran. Hanya imbas kod QR vcash untuk membuat bayaran.



KJ mencuba pembayaran vcash di Rimau Cafe

vcash ialah sejenis aplikasi pembayaran mudah alih yang menawarkan cara yang lebih ringkas dan mudah untuk membayar, menghantar, memohon dan menyimpan wang di dalam telefon pintar. Ia ditawarkan oleh Digi dengan usaha sama Valyou Sdn Bhd, dan boleh didapati di Google Play Store atau Apple App store secara percuma.



Perkhidmatan vcash boleh digunakan melalui semua pengendali telekomunikasi kerana pengguna hanya perlu memiliki telefon pintar dan sambungan internet.

Setakat ini, vcash boleh digunakan di pelbagai tempat makan seperti Manhattan Fish Market dan perniagaan dalam talian di bawah rangkaian gerbang MOLPay dan iPay88. vcash juga menawarkan kedai dalam aplikasi yang membolehkan pelanggan membeli kredit permainan video seperti Garena Shells dan Steam Wallet, tambah nilai prabayar, baucar membeli-belah dan membayar bil, seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Astro dan Telekom Malaysia.

Kenali vcash dengan lebih mendalam dengan melawat laman web www.vcash.my.

Tags: digiKBSKementerian Belia dan SukanRimau Cafevcash
Najib

Najib

POPULAR

Kedai makan dan gim KBS terima bayaran nirtunai vcash

Kedai makan dan gim KBS terima bayaran nirtunai vcash

21 February 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN