• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon pintar nirbingkai termurah di Malaysia adalah Xiaomi Redmi 5

  • OLEH Najib
  • 10:36 am
  • 23/02/2018
  • Komen
Telefon pintar nirbingkai termurah di Malaysia adalah Xiaomi Redmi 5
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Mi Malaysia mula mengumumkan harga model baru Redmi 5 dan Redmi 5 Plus. Ia turut akan mula dijual hari ini, dan telah pun kelihatan di stor rasmi Mi Malaysia di Lazada.

Dua model baru yang tiba hari ini adalah Redmi 5 spec rendah dengan 2GB RAM dan 16GB storan berharga RM499, serta Redmi 5 Plus spec tinggi dengan 4GB RAM dan 64GB storan berharga RM899. Ini menjadikan terdapat empat model Redmi 5 seperti berikut:



  • Redmi 5 2GB+16GB – RM499
  • Redmi 5 3GB+32GB – RM679
  • Redmi 5 Plus 3GB+32GB – RM749
  • Redmi 5 Plus 4GB+64GB – RM899

Mi Malaysia turut mengadakan peraduan teka harga Redmi 5 2GB+16GB sebelum ini di Facebook mereka, malangnya tekaan kami tidak tepat kerana mengatakan harganya RM549. Ada sesiapa yang dapat meneka dengan tepat?

Pada harga RM499, ini menandakan Redmi 5 2GB+16GB adalah telefon pintar dengan skrin 18:9 paling murah boleh dibeli di Malaysia.



Redmi 5 adalah telefon pintar dengan skrin nirbingkai 18:9 berukuran 5.7-inci dan resolusi HD+ 1440×720. Ia dikuasakan cip Snapdragon 450 dan datang dengan bateri 3,150mAh.

Redmi 5 Plus pula memiliki skrin nirbingkai 18:9 5.99-inci tetapi resolusi tinggi HD Penuh+ 2160×1080. Cip pemprosesnya lebih baik, Snapdragon 625 dengan bateri lebih besar 4,000mAh.

Kamera kedua-dua model Redmi ini menggunakan sensor 12MP di belakang dan 5MP di hadapan. Pengimbas capjari juga terdapat di belakang. Sebanyak tiga warna ditawarkan untuk semua model Redmi 5 ini iaitu Hitam, Emas dan warna eksklusif Biru.

Persoalan seterusnya, bila pula Redmi Note 5 Pro nak sampai Malaysia?

Tags: Mi Malaysiaredmi 5redmi 5 plusTelefon Murahxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Telefon pintar nirbingkai termurah di Malaysia adalah Xiaomi Redmi 5

Telefon pintar nirbingkai termurah di Malaysia adalah Xiaomi Redmi 5

23 February 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN