• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

9 Perkara Pada Galaxy S9+ Yang Boleh Dipelajari Daripada Video Promosinya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:47 am
  • 25/02/2018
  • Komen
9 Perkara Pada Galaxy S9+ Yang Boleh Dipelajari Daripada Video Promosinya
Share on FacebookShare on Twitter

Kurang 12 jam pelancarannya, lebih banyak maklumat berkaitan Samsung Galaxy S9/S9+ terbocor di Internet. Terbaru adalah video promosi yang dikongsikan oleh The Verge. Selain menggunakan tagline The Camera.Reimagined, mereka turut menggunakan The Telephone. Reimagined.

Ia mencadangkan yang Samsung bukan saja menambah baik Galaxy ini pada kamera, tetapi pada keseluruhan telefon. Telefon ini dijadualkan dilancarkan pada 25 Februari 2018, jam 6 petang waktu Barcelona.



Terdapat 9 intipati yang boleh anda temui pada Galaxy S9/S9+ kelak. Antaranya adalah:

1. Multi Windows

Oleh sebab persekitaran kerja pada hari ini yang memerlukan tahap mobiliti yang tinggi, Galaxy S9/S9+ menyediakan fungsi multitasking yang baik.



Memanfaatkan skrin memanjang yang dimiliki mereka, dua aplikasi boleh ditindihkan menerusi fungsi tersebut.

2. Samsung DeX

Samsung Dex yang diperkenakan bersama Galaxy S8/S8+ juga telah ditambah baik. Daripada menjadi aksesori untuk menongkat telefon, Samsung Dex generasi-2 kini lebih intuitif.

Telefon ditambat secara mendatar pada Dex dan paparannya boleh digunakan untuk tujuan seperti papan sesentuh ataupun kekunci.

3. Bixby Live Translation

Fungsi menterjemah secara masa nyata adalah fungsi natif seumpamanya yang diperkenalkan pada telefon. Menggunakan kamera yang cemerlang dalam keadaan malap, anda boleh mendapatkan maklumat penterjemahan walau dalam persekitaran gelap.

4. AR Readiness

Bukan sahaja ia boleh menterjemah, kehadiran cip pemproses yang hebat membolehkan anda menikmati manfaat augmented reality (AR) melalui kamera. Telefon berkeupayaan untuk memahami konteks yang mereka lihat dan lantas memaparkan maklumat relevan kepada penggunannya secara masa nyata.

5. APP Pairing

APP Pairing adalah satu ciri yang unik pada siri Galaxy. Menggunakannya, anda boleh melancarkan dua aplikasi sekali gus hanya dengan 1 arahan. Hal ini berguna dalam situasi yang mengehadkan penggunaan telefon seperti semasa memandu.

Biasanya anda melancarkan aplikasi navigasi bersama perkhidmatan penstriman video. Menggunakan APP Pairing, kedua-duanya akan terus dilancarkan dan anda boleh memberi fokus pada pemanduan.

6. IP68 Water Resistant

“Digital Nomad” memerlukan sebuah peranti yang boleh diharapkan. Mewarisi tahap kekalisan debu/air pada kategori IP68, ia boleh berada disamping pengguna pada setiap masa.

Telefon ini boleh direndam dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit dan ia masih boleh peroperasi seperti biasa. Samsung adalah antara pelopor dalam menyuntik ciri kekalisan air pada telefon.

7. Samsung Knox 3.1

Samsung Galaxy S9 memiliki tahap sekuriti bertahap indsutri keselamatan. Ia dilengkapi cip sekuriti yang dibangunkan khas untuk melindungi data anda.

8. Biometric Authentication

Bagi melipatgandakan tahap sekuriti Galaxy S9/S9+, Samsung menyediakan beberapa kaedah pengesahan padanya. Selain ciri pengesahan asas seperti pin dan pattern, pengimbas retina serta pengimbas cap jari turut boleh digunakan.

Sistem operasi pada telefon memisahkan data peribadi sensitif daripada yang tidak. Maka, anda tidak perlu risau kebocoran maklumat jika telefon jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggung jawab.

9. Enterprise Edition

Sektor korporat yang ingin menyediakan peranti dengan identiti syarikat pada kakitangan mereka bolehlah melihat pada Galaxy S9/S9+. Pelbagai kustomasi boleh dilakukan padanya untuk memudahkan syarikat menjalankan aktiviti mereka.

Selain kustomasi pada kosmetik, telefon dalam varian Enterprise Edition menikmati tempoh jaminan yang lebih panjang. Wakil pentadbir sistem syarikat boleh menghantar kemas kini secara OTA pada bila-bila masa dan ia pastinya menjimatkan masa dan kos.


https://www.youtube.com/watch?time_continue=26&v=DQBpW-zWMXY

[Sumber: The Verge]

Tags: Galaxy S9Galaxy S9 Pluslaunchleakmwc18MWC2018revealsamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S9Samsung Galaxy S9 LaunchSamsung Galaxy S9 launch videoSamsung Galaxy S9 Plusslashleaks
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER