• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HUAWEI MateBook X Pro mahu saingi Apple Macbook

  • OLEH Najib
  • 10:15 pm
  • 26/02/2018
  • Komen
HUAWEI MateBook X Pro mahu saingi Apple Macbook
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun HUAWEI P20 tidak menyertai pameran MWC 2018 di Barcelona, Huawei masih memiliki produk lain untuk diperkenalkan di sana. Satu darinya adalah laptop dan satu lagi merupakan sebuah tablet.

Dikatakan amat menyerupai laptop Apple Macbook, HUAWEI MateBook X Pro tampil dengan rekaan badan yang amat nipis serta skrin FullView Display yang hampir tidak kelihatan bezel.



Skrin sentuh berukuran 13.9-inci ini menggunakan format 3:2 dengan resolusi 3000×2000. Ketebalan badannya hanya 14.6mm dengan berat pula 1.33kg. Baterinya boleh bertahan sehingga 12 jam untuk penggunaan berterusan.

Laptop ini dikuasakan pemproses Intel Core i5/i7 generasi ke-8, dan boleh dimuatkan dengan pemproses grafik Intel UHD 620 ataupun NVIDIA GeForce MX150. RAM pula disediakan antara 8GB atau 16GB dari jenis LPDDR3.



Untuk hiburan, ia menampilkan sistem bunyi sekeliling Dolby Atmos. Antara keunikan pada laptop ini adalah kamera yang tersembunyi di dalam papan kekunci.

Turut tampil di pameran MWC 2018 kali ini adalah tablet HUAWEI Mediapad M5. Ia datang dalam dua saiz skrin, 8.4-inci dan 10.8-inci, dan memiliki paparan 2K dengan resolusi 2560×1600. Sama seperti MediaPad sebelum ini, MediaPad M5 juga menggunakan 4 pembesar suara yang ditala Harman Kardon.

Khas untuk model 10.8-inci, ia disertakan stylus M-Pen dengan 4,096 tahap tekanan untuk kegunaan menulis nota, melukis, melakar serta membuat rekaan dengan lebih mudah. Untuk tenaga, model 8.5-inci dimuatkan bateri 5,100mAh manakala 10.8-inci menggunakan bateri 7,500mAh.

Laptop HUAWEI MateBook X Pro dan tablet MediaPad M5 akan dijual di beberapa pasaran di seluruh dunia pada suku kedua 2018. Sementara tu, dapatkan maklumat lanjut tentang produk baru HUAWEI ini di laman produk MateBook X Pro, MediaPad M5 8.4 dan MediaPad M5 10.8.

https://youtu.be/Y-ww51WFtpY

https://youtu.be/MGkncHse6Vg

Tags: HuaweiMateBook X ProMediaPad M5mwc 2018MWC2018
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
HUAWEI MateBook X Pro mahu saingi Apple Macbook

HUAWEI MateBook X Pro mahu saingi Apple Macbook

26 February 2018
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN