• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Naiktaraf Galaxy S9 jauh meninggalkan Galaxy S8

  • OLEH Najib
  • 1:04 am
  • 26/02/2018
  • Komen
Naiktaraf Galaxy S9 jauh meninggalkan Galaxy S8
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung hari ini mahu mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu di dunia, dengan melancarkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+. Ini adalah telefon pintar kelas flagship yang menggantikan Galaxy S8 dan menjanjikan kuasa lebih tinggi.

Sekilas pandang di hadapan dan memegangnya, memang terasa persamaan antara Galaxy S9 dan Galaxy S8. Tetapi apabila diamati dengan lebih mendalam, Samsung memberikan banyak naiktaraf ke dalam Galaxy S9.



Bermula dengan prestasi, Galaxy S9 dan S9+ kini menggunakan cip pemproses lebih baru dan berkuasa tinggi, Exynos 9810 ataupun Snapdragon 845 bergantung kepada pasaran jualan. RAM lebih besar sebanyak 6GB dipasang pada Galaxy S9+, tetapi Galaxy S9 mengekalkan 4GB RAM.

Storan pula ditawarkan dari 64GB, 128GB sehingga 256GB dan Samsung masih berjaya dan menjadi pengeluar yang masih mengekalkan sokongan kad memori mikroSD pada telefon pintar flagship. Galaxy S9 dan S9+ boleh dipasang kad mikroSD sehingga 400GB.



Perubahan paling ketara dan paling menarik minat ramai sudah pasti pada kameranya. Galaxy S9 hanya memiliki satu lensa 12MP dan Galaxy S9+ pula memiliki dwi-lensa 12MP dengan dwi-OIS serta keupayaan telefoto untuk zum optikal 2X. Tetapi ini bukan perkara paling penting.

Selain dwi-piksel, Samsung kali ini berjaya menempatkan dwi-apertur ke dalam lensa kamera Galaxy S9 dan S9+. Apertur lebih luas F/1.5 memberikan gambar lebih cerah di persekitaran malam serta apertur F/2.4 untuk gambar luar bangunan yang menawan. Ini adalah pertama seumpamanya di dalam telefon pintar bagi pasaran antarabangsa.

Perkara kedua terpenting dalam kamera Galaxy S9 adalah keupayaan rakaman gerak super perlahan atau Super Slow-mo 960 bingkai sesaat (fps). Tentang ini, Sony mendahului Samsung menerusi telefon pintar Xperia XZ Premium tahun lepas. Tetapi Samsung berjaya menjadikannya lebih baik kerana rakaman Super Slow-mo Galaxy S9 boleh dibuat dengan lebih tepat, berbanding rakaman rawak di Xperia XZ Premium.

Tiru meniru dalam teknologi adalah perkara biasa selagi mana ia tidak melanggar paten berdaftar. Bagi anda yang sangat berminat dengan Animoji di iPhone X tetapi tidak mahu menggunakan iOS, Samsung memperkenalkan AR Emoji di Galaxy S9.

AR Emoji di Galaxy S9 membolehkan pengguna merakam muka sendiri, seterusnya membuat Avatar 3D diri sendiri dan menghasilkan sehingga 18 ekspresi muka yang berbeza secara animasi.

Untuk hiburan, Galaxy S9 dan S9+ mengekalkan skrin yang sama seperti sebelumnya. Skrin 18:9 Infinity Display berukuran 5.8-inci untuk Galaxy S9 dan 6.2-inci bagi Galaxy S9+.

Perbezaan dengan Galaxy S8 adalah pada pembesar suara. Galaxy S9 kini mempunyai speaker stereo Dolby Atmos dan ditala oleh AKG by Harman.

Samsung membawakan empat warna untuk Galaxy S9 & S9+ iaitu Midnight Black, Lilac Purple, Titanium Gray dan Coral Blue. Lilac Purple adalah warna eksklusif kali ini kerana ia adalah Pantone Color of The Year.

Tetapi benda paling bagus pada Galaxy S9 adalah perkara yang tidak diubah sejak galaksi dahulu kala. Antaranya adalah port audio 3.5mm, kalis air dan debu IP68 serta pengecas wayarles pantas.

Telefon pintar flagship mana lagi yang masih sanggup mengekalkan port audio 3.5mm?


Memang banyak perkara baru yang muncul dalam Galaxy S9 ini. Persoalan seterusnya, adakah Samsung akan memperbaharui harganya. Lebih rendah atau lebih tinggi berbanding Galaxy S8? Dan bila pula ia akan tiba di Malaysia?

KEMASKINI: harga dan tarikh jualan Galaxy S9 di Malaysia telah diumumkan di sini

Tags: Galaxy S9Galaxy S9 PlusMWC2018samsungSamsung Galaxy S9Samsung Galaxy S9 Plus
Najib

Najib

POPULAR

Naiktaraf Galaxy S9 jauh meninggalkan Galaxy S8

Naiktaraf Galaxy S9 jauh meninggalkan Galaxy S8

26 February 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER