• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ZenFone 5 kembali sebagai kembar siam buah iPhone X

  • OLEH Najib
  • 5:01 am
  • 28/02/2018
  • Komen
ZenFone 5 kembali sebagai kembar siam buah iPhone X
Share on FacebookShare on Twitter

Balik ke 5, itulah tema ASUS dalam pelancaran telefon pintar terbaru mereka di MWC 2018 di Barcelona. Di sini, ASUS melancarkan tiga perisa ZenFone 5 iaitu ZenFone 5 Lite, ZenFone 5 dan ZenFone 5z.

Nama ZenFone 5 bukanlah pertama kali digunakan ASUS. Ini kerana beberapa tahun lepas mereka telah pun menggunakan nama ZenFone 5 untuk memperkatakan tentang saiz skrin. Hari ini mereka kembali ke nama ZenFone 5 untuk meneruskan susunan nombor model ZenFone mengikut turutan.



ZenFone 5 dan ZenFone 5z berkongsi rekabentuk badan yang sama. Kedua-duanya memiliki skrin berukuran 6.2-inci dengan nisbah 19:9 dan resolusi FHD+ (2246×1080). Dengan tambahan takuk di dahi ibarat iPhone X.

Di takuk ini dimuatkan dengan speaker panggilan dan kamera hadapan 8MP F/2.0. ASUS menyusun notifikasi sistem di bahagian kanan takut, dan notifikasi aplikasi di kiri.



Pelbagai sistem AI dinyatakan terdapat dalam ZenFone 5 yang baru ini. Paling utama, adalah AI Camera di mana ia boleh mengesan persekitaran dan membuat tetapan yang sesuai, sama seperti yang terdapat pada cip Kirin 970 di Huawei Mate 10.

Selain kamera, AI lain yang terdapat di ZenFone 5 adalah AI Display yang membuat tetapan paparan secara automatik, AI Boost yang memberi lebih prestasi, dan AI Charging yang menggadakan hayat bateri melalui pengecasan pintar.

Sudah pasti ASUS mahu berbangga dengan kamera ZenFone 5. Ia dipasang dwi-lensa 12MP F/1.8 yang disusun menegak di belakang, dengan keupayaan telefoto. Sokongan RAW dan fotografi PRO memberi pengguna lebih kawalan untuk menangkap gambar yang lebih menarik.

Speaker stereo yang menyokong audio Hi-Res serta DTS menjadi standard di ZenFone 5. baterinya pula berkapasiti 3,300mAh.

Jika iPhone X ada animoji dan Galaxy S9 memiliki AR Emoji, ASUS juga tidak terlepas memuatkan fungsi yang sama melalui ZeniMoji di ZenFone 5.

Perbezaan utama ZenFone 5 dan ZenFone 5z adalah pada cip, RAM dan storan. ZenFone 5 menggunakan pemproses Snapdragon 636, bersama pilihan RAM 4GB atau 6GB, dan storan dalaman 64GB.

Manakala ZenFone 5z adalah peranti flagship yang menggunakan cip Snapdragon 845, pilihan RAM 6GB bersama storan 64GB, atau 8GB RAM dan storan antara 128GB atau 256GB.

ASUS akan mula menjual ZenFone 5 pada bulan April, manakala ZenFone 5z pula pada bulan Jun. Harga ZenFone 5 tidak pula dinyatakan tetapi ZenFone 5z akan dijual dengna harga bermula dari EUR479 (~RM2,289) pastinya untuk model 6GB RAM dan 64GB storan. Mungkin ZenFone 5 nanti berharga di bawah RM2,000.

Tags: asusasus zenfone 5ASUS ZenFone 5zmwc 2018zenfone 5ZenFone 5z
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
ZenFone 5 kembali sebagai kembar siam buah iPhone X

ZenFone 5 kembali sebagai kembar siam buah iPhone X

28 February 2018
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN