Sony α7 III Kamera Bajet Siri α Dengan Spesifikasi Bagak

Siri α7 adalah barisan kamera flagship Sony yang premium. Dalam generasi ketiga mereka, α7R III badan sahaja sudah berharga RM14,888. Bagi membolehkan lebih ramai pengguna mengakses siri ini, Sony melancarkan versi “Lite” α7 generasi III iaitu α7 III.

Secara ringkas, ia adalah sebuah kamera sarat dengan spesfikasi premium yang boleh ditemui pada α9 dan α7R III tapi dalam badan yang lebih kompak. Seni bina sensor baru padanya membolehkan α7 III memiliki keupayaan memproses imej hampir 2 kali ganda lebih pantas berbanding α7II.

Seperti biasa, kamera ini dikuasakan sensor Full Frame beresolusi 24MP, sekali ganda lebih tinggi pikselnya berbanding α7S II.

Sistem fokus padanya adalah yang tercanggih. Terdapat 693 titik fokus bertebaran menelimuti 93% sensor untuk membidik fokus. Ia adalah campuran antara sistem pengesan fokus dan juga pengesan fasa.

Ia mampu menangkap gambar sepantas 10FPS tidak kiralah menggunakan pengatup mekanikal mahupun elektronik. Semua imej disalurkan ke salah satu daripada dua slot kad SD yang ada.

Untuk membantu anda mendapatkan gambar bebas gegaran, Sony menyuntik teknologi penstabil imej dalam badan (IBIS) yang memiliki prestasi sehingga 5 tahap.

Untuk videografi, kamera ini boleh merakam video [email protected] ataupun [email protected]

Sony α7 III dilancarkan pada harga bermula UDS 2,000. Untuk perbandingan α7R III dilancarkan pada harga USD 3,200. Maka, secara relatifnya, α7 III dianggarkan berharga RM 9,305.

[Sumber: Sony]

BACA  Dell Perkemas Laptop Inspiron Khas Untuk Memperkasa Digital Nomad 2018