• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga Hari Tiga Bandar Promosi Jualan Samsung Galaxy S9

  • OLEH Najib
  • 5:54 pm
  • 09/03/2018
  • Komen
Tiga Hari Tiga Bandar Promosi Jualan Samsung Galaxy S9
Share on FacebookShare on Twitter

Hari penjualan Samsung Galaxy S9 di Malaysia telah ditetapkan bermula dari 16 Mac 2018. Bersempena itu, Samsung Malaysia akan mengadakan jelajah jualan Galaxy S9 di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Jelajah selama tiga hari dari 16-18 Mac ini seperti biasa, menyediakan tawaran hebat khusus untuk mereka yang hadir. Hadiah percuma dan ganjaran istimewa menanti pembeli Galaxy S9 dan S9+ dalam jelajah ini, tetapi dalam kuantiti terhad.



Di Kuala Lumpur, ia akan diadakan di pusat beli-belah Pavilion Bukit Bintang. Manakala lokasi di Pulau Pinang adalah di Queensbay Mall. AEON Bandar Dato Onn pula menjadi pilihan di Johor Baharu.

Galaxy S9 dan S9+ di Malaysia ditawarkan dalam tiga warna iaitu Lilac Purple, Coral Blue dan Midnight Black. Kecuali untuk model Galaxy S9+ 256GB, yang terdapat dalam warna Midnight Black sahaja. Harga rasmi jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Galaxy S9 64GB – RM3,299
  • Galaxy S9+ 64GB – RM3,799
  • Galaxy S9+ 128GB – RM3,999
  • Galaxy S9+ 256GB – RM4,399

Terdapat tiga jenis kelebihan yang boleh diterima pembeli di jelajah ini, tetapi hanya yang cepat sahaja boleh dapat. Pertama adalah pengecas wayarles Samsung bernilai RM279, kedua adalah diskaun 30% untuk pembelian jam tangan Samsung Gear Sports dan ketiga, diskaun RM50 untuk membeli aksesori Galaxy S9 atau S9+. Di bawah ini adalah jumlah hadiah yang disediakan mengikut lokasi:

Promosi 1: PERCUMA Pengecas Wayarles Samsung bernilai RM279

  • Pavilion, Kuala Lumpur – 1,300 Unit
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang – 550 Unit
  • Aeon Bandar Dato Onn, Johor Bahru – 450 Unit

Promosi 2: 30% diskaun pembelian jam Samsung Gear Sports

  • Pavilion, Kuala Lumpur – 100 Unit
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang – 50 Unit
  • Aeon Bandar Dato Onn, Johor Bahru – 50 Unit

Promosi 3: Diskaun RM50 pembelian aksesori Galaxy S9 atau S9+

  • Pavilion, Kuala Lumpur – 910 Unit
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang – 315 Unit
  • Aeon Bandar Dato Onn, Johor Bahru – 385 Unit

Selain dari tiga promosi di atas, orang ramai juga boleh membawa telefon pintar lama mereka untuk ditebus kepada baucar untuk membeli Galaxy S9 dan S9+ yang baru. Senarai model telefon dan harga tebusan boleh dirujuk di sini.

Pembelian secara bayaran ansuran sehingga 12 bulan dengan kadar 0% faedah turut disediakan, tertakluk kepada jenis kad dan bank yang terlibat.

Maklumat lanjut tentang promosi jelajah ini boleh dirujuk di laman web Galaxy S9 Nationwide Roadshow.

Tags: Galaxy S9Galaxy S9 MalaysiasamsungSamsung Galaxy S9samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tiga Hari Tiga Bandar Promosi Jualan Samsung Galaxy S9

Tiga Hari Tiga Bandar Promosi Jualan Samsung Galaxy S9

9 March 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN