• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Driver Forward sokongan padu Uber untuk pemandu

  • OLEH Najib
  • 4:20 pm
  • 14/03/2018
  • Komen
Driver Forward sokongan padu Uber untuk pemandu
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 15/3/2018 1.00PM – Uber Malaysia memaklumkan mereka membatalkan polisi ganjaran RM10 pemulangan barang

Uber Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Driver Forward‘ yang ditujukan khas buat rakan pemandu, bagi mempertingkatkan sokongan buat mereka. Kempen ini akan berjalan selama 3 bulan dengan fokus kepada tiga tonggak: Sokongan, Fleksibiliti dan Pendapatan.



Tonggak pertama iaitu Sokongan, dimulakan dengan pembukaan pusat sokongan pemandu yang baru, kini dikenali sebagai Green Light Hub (GLH).

Pusat sokongan baru ini terletak di Axis Business Campus di Petaling Jaya. Ia menyediakan khidmat sokongan kepada rakan pemandu pada hari Isnin-Jumaat dari jam 10 pagi hingga 7 malam, dan hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Ia tutup pada hari Ahad dan cuti umum.



Di samping itu, Uber turut mengumumkan beberapa kemaskini polisi sokongan buat pemandu. Ia kini boleh dinikmati oleh semua pemandu dan di antaranya ialah:

  • Khidmat sokongan panggilan 24/7 dalam pilihan Bahasa Melayu dan Inggeris
  • Ganjaran RM10 terhadap sebarang pemulangan barang penumpang yang tertinggal
  • Pampasan RM20 membersihkan kenderaaan tanpa perlukan resit
  • Warna kereta yang sama seperti ikon di dalam aplikasi bagi memudahkan penumpang mencari kenderaan
  • Berkongsi maklumat perjalanan sehingga ke 5 orang kenalan pemandu
  • Hubungan lebih rapat dengan rakan penumpang yang bukan pengguna Uber, mereka boleh menerima SMS berkenaan maklumat pemandu dan kenderaan
  • Peringatan untuk memberi rating dan maklum balas berkenaan penumpang

Ini merupakan langkah pertama Uber Malaysia dalam kempen ‘Going Forward‘ mereka. Uber Malaysia akan meperkenalkan lebih banyak inisiatif dan penambahbaikan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik buat rakan pemandu, bagi melengkapkan dua lagi tonggak, iaitu Fleksibiliti dan Pendapatan.

Dalam satu kisah lain, Uber Malaysia menyatakan tidak ada asas berkenaan berita pengambilalihan Uber oleh Grab di Asia Tenggara. Berdasarkan pelaburan yang dibuat mereka terutama sekali dengan Green Light Hub di bangunan baru serta pelbagai kempen yang giat dijalankan, adalah tidak wajar untuk pengambilalihan berlaku.

Tetapi ini mungkin perkara di hadapan sahaja. Desas-desus rundingan di balik tabir masih tidak diketahui dan masih menjadi khabar angin di media massa dan media sosial.

Tags: UberUber GLHUber Going ForwardUber Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Driver Forward sokongan padu Uber untuk pemandu

Driver Forward sokongan padu Uber untuk pemandu

14 March 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER