• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fitbit Versa mahu penuhi permintaan peminat Fitbit

  • OLEH Najib
  • 4:37 pm
  • 14/03/2018
  • Komen
Fitbit Versa mahu penuhi permintaan peminat Fitbit
Share on FacebookShare on Twitter

Fitbit Versa hari ini diumumkan sebagai model kedua jam pintar keluaran Fitbit selepas Ionic. Versa menjalankan sistem operasi baru Fitbit OS 2.0 dengan pelbagai fungsi baru dan kemaskini.

Fitbit Versa menawarkan pilihan yang lebih mampu milik dari Ionic. Harga RM990 ditampal padanya, hampir RM400 berbeza dengan Ionic. Sudah pasti, beberapa perkara perlu dikorbankan untuk menjadikannya lebih murah.



Paling utama, Versa tidak memiliki GPS terbina di dalam. Ia memerlukan sambungan ke telefon pintar bagi merekodkan lokasi GPS. Selain ini, hampir semua fungsi Ionic terdapat di dalam Versa.

Versa direka lebih ringan agar selesa dipakai. Ia boleh digunakan ketika berenang dengan keupayaan kalis air sehingga 50 meter dalam. Hayat baterinya juga seperti kebanyakan jam Fitbit lain, sekitar 4 hari dengan sekali cas penuh.



Ciri baru paling ketara pada Fitbit OS 2.0 adalah pengenalan Female Health Tracking, atau pemantau kesihatan wanita. Ia membantu wanita memahami kitaran haid mereka dan memadankan dengan tahap kesihatan.

Lain-lain dari itu, Fitbit Versa membawakan fungsi kegemaran ramai padanya seperti pengesan aktiviti kecergasan, pengesan degupan jantung PurePulse 24/7, jurulatih peribadi Fitbit Coach, pemantau waktu tidur, dan banyak lagi.

Jam pintar Fitbit Versa juga membenarkan pelbagai aplikasi pihak ketiga di pasang ke dalamnya. Muka jam juga boleh diubahsuai mengikut kegemaran, serta boleh dicipta sendiri jika berminat, menggunakan Fitbit Online Simulator.

Dengan storan terbina di dalam, Versa boleh menyimpan sehingga 300 lagu menerusi platform Deezer. Lagu ini boleh didengari apabila Versa dipadankan bersama fon kepala Bluetooth, tanpa perlukan telefon pintar.

Fitbit Versa akan mula dijual di Malaysia sekitar suku kedua 2018 melalui pengedar sah seperti All IT Hypermarket, AONE Plus, Best Denki, Harvey Norman, Timekeeper and Thunder Match Technology dan Lazada. Ia datang dalam pelbagai warna badan dan tali, pada harga RM990. Manakala Fitbit Versa Edisi Khas yang menggunakan tali woven dijual pada harga RM1,120.

Maklumat lanjut boleh di dapati di laman produk Fitbit Versa.

Tags: FitbitFitbit MalaysiaFitbit Versa
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Fitbit Versa mahu penuhi permintaan peminat Fitbit

Fitbit Versa mahu penuhi permintaan peminat Fitbit

14 Mac 2018
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER