• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Monitor lengkung Samsung murah RM341 dari biasa

  • OLEH Najib
  • 8:26 pm
  • 16/03/2018
  • Komen
Monitor lengkung Samsung murah RM341 dari biasa
Share on FacebookShare on Twitter

Anda perlukan monitor lengkung yang sangat berbaloi untuk dibeli? Apa kata tengok tawaran Shopee ini. Ada diskaun RM341 atau 38% untuk membeli monitor lengkung Samsung 23.5-inci di Shopee sekarang.

ClickAsia kini menawarkan monitor Samsung 23.5″ Curved FHD LED Monitor Slim Design (LC24F390FHEXXM) pada harga RM558 sahaja, dari harga asal RM899. Malah, mereka juga memberikan speaker Logitech Z120 percuma bersama pembelian ini.



Tawaran ini berjalan dari 16 hingga 31 Mac 2018 dan khas di Shopee sahaja. Penghantaran pun nampaknya percuma.

Antara kelebihan monitor ini selain melengkung, ia memiliki nisbah kontras 3000:1 untuk warna hitam yang lebih dalam. Ia juga menyokong AMD FreeSync, sesuai untuk bermain game dengan lebih lancar bersama kad grafik AMD Radeon yang serasi.



Terdapat dua jenis sambungan pada monitor ini, secara analog melalui D-Sub atau digital melalui HDMI. Ia juga memiliki port audio keluar 3.5mm untuk speaker atau fon kepala.

Untuk monitor lengkung 24-inci, ini memang satu tawaran yang menarik. Apatah lagi dapat percuma speaker, walaupun tak sehebat mana ia masih percuma. Jika berminat membelinya, boleh klik di pautan ini.

Maklumat lanjut tentang monitor Samsung 23.5″ Curved FHD LED Monitor (LC24F390FHEXXM) pula boleh didapati di laman web Samsung Malaysia di sini.

Tags: Monitor murahMonitor SamsungsamsungShopee
Najib

Najib

POPULAR

Monitor lengkung Samsung murah RM341 dari biasa

Monitor lengkung Samsung murah RM341 dari biasa

16 March 2018
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN