• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan Xperia XZ2 Disertakan Sekali Pemberian Paling Lumayan Bernilai RM1,088

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:06 pm
  • 22/03/2018
  • Komen
Tempahan Xperia XZ2 Disertakan Sekali Pemberian Paling Lumayan Bernilai RM1,088
Share on FacebookShare on Twitter

Xperia XZ2

Ini adalah yang terbaik daripada Sony setakat ini untuk tahun 2018, sebuah telefon yang dihantar untuk bertempur dengan Galaxy S9. Dilancarkan hampir sebulan yang lalu di Barcelona, ia kini tiba di Malaysia. Kedua-dua XZ2 dan XZ2 Compact kini hadir membawakan rekaan baru iaitu Ambient Flow. Mereka tidak lagi memiliki bucu tajam kuboid yang menjadi ikonik sejak beberapa generasi yang lalu sebaliknya sisi melengkung yang tinggi tahap ergonomiknya digunakan.

Duo Xperia XZ2 ini memiliki skrin yang menakjubkan. Ia menyokong kandungan HDR untuk dipaparkan dengan XZ2 memiliki paparan HD Penuh pada saiz 5.7″. teknologi yang sama juga boleh ditemui pada set television BRAVIA TV daripada Sony. Selain memaparkan, kamera Motion Eye Sony turut menjadi yang pertama dunia yang menyokong rakaman video 4K HDR.



Untuk kamera belakang, anam akan menerima sebuah kamera Motion Eye 19MP bersama-sama kamera depan 5MP.

Salah satu keunikkan Xperia XZ2 adalah kehadiran Dynamic Vibration System. Konsepnya adalah sama seperti sebuah pad kawalan Dualshock untuk Playstation. Gegaran akan terasa seiring dengan media yang dimainkan. Ia memberikan pengalaman multimedia yang lebih unik dan menyeluruh.



Jika anda masih ingat, pada Xperia XZ dulu, anda boleh mendigitalkan kepala anda dalam bentuk 3D menggunakan 3D Sculpture. Namun, fungsi itu hanya disokong kamera belakang. Kini ia turut disokong kamera depan dan anda boleh menghasilkan arca digital hanya sendirian tanpa bantuan orang lain.

Spesifikasi Xperia XZ2

Attention: The internal data of table “19” is corrupted!

Xperia XZ2 Compact

Tak ramai pengeluar yang masih menghasilkan flagship dalam bentuk kompak. Sony adalah salah satunya dan Xperia XZ2 Compact meneruskan tradisi itu bagi memenuhi permintaan pasaran niche yang memerlukan sebuah peranti berprestasi tinggi tanpa menyebabkan poket seluar kembung seprti membawa batu bata.

Kesemua komponen daripada model yang lebih besar dipadatkan dalam badan sekecil ini. Perbezaan paling ketara adalah pada bentuk tubuhnya yang melengkung di belakang. Di dalam tangan, ia selesa dipegang dan boleh dikatakan tahap ergonomiknya tinggi.

Materi plastik matte dipilih untuk menjadi penyudah pada kemasan Xperia XZ2 Compact berbanding kaca yang ada pada model yang lebih besar.

Beralih pada paparan, ia sedikit besar berbanding Xperia XZ Compact. Daripada 4.7″ ke 5″ ia adalah hasil implementasi paparan memanjang 18:9. Resolusinya HD penuh dan menyokong paparan kandungan HDR.

Disekeliling telefon ini bertebaran segala kompnen-komponen asas. Bateri 3,000mAh-nya dicas melalui USB-C yang terletak pada bahagian bawah. Pengimbas cap jari terletak di bahagian belakang bersama-sama kamera dan flash.

Malangnya tiada port audio disediakan sebaliknya Sony menyediakan penyesuai USB-C ke 3.5mm audio jack dalam kotak. Terpaksalah bergelumang memulakan gaya hidup dongle jika anda tak ingin melepaskan headset power anda tu.

Pada kamera, nampaknya siri Xperia XZ2 masih menggunakan kamera seperti generasi sebelumnya. Seperti versi tak kompak, anda menerima kamera belakang 19mP dengan kamera selfie 5MP dan segala macam helah kamera yang ada pada X[eria XZ2.

Spesifikasi Xperia XZ2 Compact

Attention: The internal data of table “20” is corrupted!

Penjualan

Tempahan untuk membeli Xperia XZ2 dan XZ2 Compact akan dibuka bermula 23 April hingga 4 April 2018. Ia boleh dilakukan di beberapa saluran seperti:

  • Sony Store
  • Sony Center
  • Pengedar Terpilih
  • 11street.my

Untuk pengetahuan anda, tempahan kali ini melayakkan anda menerima pemeberian percuma paling tinggi nilainya pernah diberikan Sony untuk pembelian telefon. Anda akan menerima sepasang headfon penyaring hingar nirkabel (ZX770BN), beg galas, kad Touch n Go eksklusif serta casing telefon, semuanya berharga RM1,088.

Xperia XZ2 akan dijual pada harga RM3,299 manakala XZ2 Compact berharga RM2,899.

Tags: harga malaysia sony xperia xz2harga malaysia sony xperia xz2 compactharga nova 2ireview sony xperia xz2review sony xperia xz2 compactSonySony Malaysiasony xperia xz2sony xperia xz2 compactsony xperia xz2 compact malaysiasony xperia xz2 compact murahsony xperia xz2 compact promosisony xperia xz2 compact specssony xperia xz2 malaysiasony xperia xz2 murahsony xperia xz2 promosisony xperia xz2 specs
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tempahan Xperia XZ2 Disertakan Sekali Pemberian Paling Lumayan Bernilai RM1,088

Tempahan Xperia XZ2 Disertakan Sekali Pemberian Paling Lumayan Bernilai RM1,088

22 March 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER