• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama

Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:26 pm
  • 16/11/2026
  • Komen
Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Electronics mengumumkan kerjasama yang diperluas bersama ShopeePay untuk memudahkan urusan pembayaran pengguna di Asia Tenggara.

Melalui integrasi baharu ini, pengguna telefon Samsung Galaxy boleh membuat pembayaran ShopeePay secara terus melalui Samsung Wallet, termasuk dengan mengimbas kod QR peniaga yang mengambil bahagian tanpa perlu membuka aplikasi ShopeePay secara berasingan.



Selain itu, Samsung Pay turut akan diperkenalkan sebagai pilihan pembayaran ketika membeli-belah di Shopee. Kedua-dua integrasi ini sudah tersedia di Singapura dan Vietnam, manakala sokongan untuk Malaysia dijangka tiba dalam beberapa bulan akan datang.

Pembayaran QR ShopeePay terus dari Samsung Wallet

Dengan integrasi baharu ini, pengguna Samsung Wallet boleh mengimbas kod QR peniaga yang mengambil bahagian dan membuat bayaran menggunakan kaedah pembayaran yang dipautkan kepada akaun ShopeePay mereka.



Ini bermakna pengguna tidak perlu bertukar aplikasi untuk menyelesaikan pembayaran. Mereka juga boleh mengumpul Shopee Coins bagi transaksi yang layak.

Buat masa ini, fungsi tersebut tersedia di Singapura melalui NETS QR dan di Vietnam melalui VietQR.

Bagi pasaran Malaysia, Samsung masih belum mengumumkan tarikh pelancaran yang tepat. Walau bagaimanapun, ciri ini berkemungkinan besar akan menyokong semua peniaga DuitNow QR, cuma belum dapat dipastikan sama ada ia turut menyokong integrasi kemudahan SPayLater.

Sebagai rujukan, Samsung Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan sokongan pembayaran QR Maybank MAE dalam Samsung Wallet pada Julai 2026. Ciri tersebut membolehkan pengguna Galaxy membuat pembayaran DuitNow QR terus melalui Samsung Wallet tanpa perlu membuka aplikasi MAE.

Samsung Pay akan hadir di pembayaran Shopee

Kerjasama ini turut membolehkan pengguna memilih Samsung Pay sebagai kaedah pembayaran ketika membuat transaksi di aplikasi Shopee. Integrasi ini juga dijangka diperkenalkan di Malaysia dalam beberapa bulan akan datang.

Pada masa sama, pengguna sudah boleh menggunakan ShopeePay, termasuk kemudahan beli sekarang bayar kemudian (SPayLater), untuk membeli produk peranti melalui laman web rasmi Samsung.com. Ke hadapan, Samsung turut merancang untuk memperluas penerimaan ShopeePay dan SPayLater di saluran jualan fizikal rasminya di seluruh Asia Tenggara.

[Sumber: Samsung]

Tags: samsungsamsung malaysiaSamsung WalletShopeeShopeePay
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

16 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN