• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kuasa swafoto 25MP OPPO F7 tiba di Malaysia bulan ini

  • OLEH Najib
  • 3:10 pm
  • 03/04/2018
  • Komen
Kuasa swafoto 25MP OPPO F7 tiba di Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar OPPO F5 adalah salah satu telefon untuk swafoto yang diminati ramai rakyat Malaysia. Tidak lama lagi, model baru yang lebih baik akan dijual di Malaysia.

OPPO Malaysia hari ini menyatakan model terbaru siri F mereka, OPPO F7 akan dijual di Malaysia bermula April ini. Ia merupakan naik taraf dari OPPO F5 yang sangat popular di Malaysia.



Beyond your imagination, designed to impress!

Now your expectation meets reality, the new selfie expert is coming soon to Malaysia! ❤️️

Posted by OPPO on Monday, 2 April 2018

OPPO F7 membawa banyak pembaharuan berbanding OPPO F5. Ia bermula dengan skrin nirbingkai 19:9 bertakuk ala iPhone X, berukuran 6.23-inci dan resoluai FHD+ (2280×1080).

Badan belakangnya diperbuat dari kaca, dengan kemasan licin ibarat cermin. Kamera swafoto pula dinaiktaraf ke sensor 25MP F2.0, antara resolusi terbesar di telefon pintar. Kamera belakang pula menggunakan sensor 16MP F1.8.



Kuasa dalaman pula lebih perkasa dengan penggunaan cip pemproses Mediatek Helio P60. Ada dua versi diperkenalkan di India, iaitu 4GB RAM + 64GB storan, da 6GB RAM + 128GB storan. Mungkin Malaysia akan menerima kedua-dua versi ini, sama seperti OPPO F5.

Bateri di dalam OPPO F7 sebesar 3,400mAh, tetapi kelihatan seperti tiada pengecas pantas VOOC. Berita baiknya, ia menjalankan sistem operasi terbaru Android 8.1 dengan antaramuka ColorOS 5.0.

Berapakah harga jualannya? Di India, OPPO F7 telah dijual pada harga rs21,990 (~RM1,307) untuk versi 4GB/64GB, dan rs26,990 (~RM1,605) untuk bersi 6GB/128GB. Kami jangka harga di Malaysia tidak akan jauh berbeza dari India.

Tidak pula diberitahu berapa haribulan April OPPO F7 akan mula dijual. Tapi tak lama dah pun bulan April ini. Kita tunggu sama-sama pengumuman dari OPPO Malaysia kelak.

Tags: oppoOPPO F7OPPO F7 MalaysiaOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Kuasa swafoto 25MP OPPO F7 tiba di Malaysia bulan ini

Kuasa swafoto 25MP OPPO F7 tiba di Malaysia bulan ini

3 April 2018
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN