• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy J2 Pro untuk peminat korea berdompet nipis

  • OLEH Najib
  • 3:41 pm
  • 06/04/2018
  • Komen
Samsung Galaxy J2 Pro untuk peminat korea berdompet nipis
Share on FacebookShare on Twitter

Jika Samsung adalah pilihan anda walaupun bajet untuk telefon pintar baru anda hanyalah RM500, maka bersyukurlah kerana Samsung baru mengumumkan telefon pintar siri-J yang baru. Samsung Galaxy J2 Pro berharga RM499 sahaja.

Telefon pintar ini telah mula dijual bermula hari ini, 6 April 2018 di semua Stor Samsung Experience dengan empat warna pilihan: Hitam, Biru, Merah Jambu dan Emas.



Mahu kenal lebih mendalam tentang telefon ini? Ia memiliki skrin Super AMOLED qHD 960×540 berukuran 5.0-inci, bateri sebesar 2,600mAh dan sambungan pengecas melalui mikroUSB.

Cip pemprosesnya berkelajuan 1.4GHz 8-teras tetapi tidak dinyatakan pula jenisnya. RAM pula hanya 1.5GB manakala storan dalamannya 16GB. Ia menyokong kad mikroSD dengan kapasiti sehingga 256GB.



Untuk kamera pula ia menggunakan sensor 8MP auto fokus di belakang, manakala kamera hadapan dilengkapi sensor 5.0MP.

Untuk rangkaian, ia menyokong sehingg rangkaian 4G TDD & FDD, serta dua slot kad sim bersaiz mikro yang berasingan slot dengan kad mikroSD. Bluetooth juga terdapat padanya tetapi tiada NFC.

Harga ini sememangnya sangat murah untuk jenama Samsung. Tetapi jika anda mahu mencuba jenama lain, Xiaomi sudah pasti menjadi sebutan ramai dengan pilihan seperti Redmi 5. Atau jenama Wiko seperti Tommy 3 yang berharga RM399 dengan skrin lebar 18:9.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang telefon baru Samsung ini, layari laman produk Samsung Galaxy J2 Pro.

Tags: Galaxy J2 ProGalaxy J2 Pro 2018Galaxy J2 Pro MalaysiasamsungSamsung Galaxy J2 Prosamsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy J2 Pro untuk peminat korea berdompet nipis

Samsung Galaxy J2 Pro untuk peminat korea berdompet nipis

6 April 2018
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN