• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

[Reviu] Redmi 5 Peneman Setia Anda Yang Tak Banyak Songeh

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:45 pm
  • 11/04/2018
  • Komen
[Reviu] Redmi 5 Peneman Setia Anda Yang Tak Banyak Songeh
Share on FacebookShare on Twitter

Segmen telefon bajet memang sedia maklum didominasi oleh produk Xioami. Telefon terbaru yang dilancarkan mereka adalah Redmi 5 untuk menggantikan Redmi 4 yang diperkenalkan sekitar Julai 2017. Seunit Redmi 5 versi RAM 3GB dan storan 32GB singgah ke meja editor untuk dipandu uji. Bagaimanakah prestasinya? Teruskan membaca.

Fizikaliti

Untuk sebuah telefon bajet, Redmi 5 cukup sifatnya. Ia adalah sebuah telefon 5.7” yang menggayakan paparan memanjang 18:9 pada bahagian muka. Lebih menarik, siri ini adalah yang pertama diberikan skrin bernisbah paparan sebegini.



Panel ini dilingkungi bingkai putih yang nipis pada kedua-dua sisi tetapi memberikan bahagian dahi dan dagu yang luas. Bahagian dahi menempatkan komponen seperti kamera, flash, speaker telefun dan sensor proksimiti.

Audio jack diletakkan pada bahagian atas telefon bersama-sama pemancar inframerah manakala port mikro-USB boleh ditemui pada bahagian bawah, diapit oleh jeriji speaker. Tapi hanya sebelah saja yang menempatkan komponen speaker manakala yang satu lagi hanya suntikan estetika.



Butang kawalan bunyi dan kuasa boleh diakses di bahagian kanan telefon manakala anda meletakkan kad SIM dan mikro-SD di slot pada bahagian kiri telefon.

Konfigurasi ekakamera belakang digunakan pada Redmi 5. Sedikit bonjolan kamera boleh ditemui pada komponen itu. Pengimbas cap jari diletakkan sebaris dengan kamera dan disusun rapi pada bahagian tengah atas telefon.

Daripada segi kualiti binaan, ia berasa teguh apabila berada dalam tangan. Badannya diperbuat daripada besi dan kemasan sisi tumpul mengelilingi badan telefon memberikan tahap ergonomik yang tinggi semasa digenggam.

Tidak seperti telefon lain, sungguhpun tiada casing dikenakan sepanjang reviu ini, saya selesa memegangnya tanpa berasa ia akan menggelungsur jatuh daripada tangan.
[nextpage title=”Pengalaman Guna”]
Berikut adalah spesifikasi asas Redmi 5

Attention: The internal data of table “34” is corrupted!

Jika anda seorang pengguna telefon bukan daripada power user ataupun hanya memerlukan telefon untuk perkara asas seperti melayari media sosial, bermesej, dan berhubung, Redmi 5 tidak mungkin akan mengecewakan.

Paling mengejutkan adalah pada hayat baterinya. Belum pernah mana-mana telefon yang pernah saya gunakan berjaya capai Screen-on-Time (SOT) sehingga 6 jam. Itu adalah satu pencapaian yang amat baik jika diambil kira kapasiti bateri 3,300mAh yang dimilikinya.

Mungkin ada yang akan memberi komen yang saya tak jalankan APP berat. Tapi melihat pada senarai APP yang menggunakan bateri, anda boleh lihat entri seperti Mobile Legends, Spotify, Facebook, Pokemon Go, dan Waze. Semuanya adalah APP yang dahagakan bateri.

Kecekapan penggunaan tenaga ini mungkin disumbang oleh CPU Snapdragon 450 yang menggunakan seni bina 14nm berbanding Snapdragon 430 yang menggunakan seni bina 28nm seperti yang sedang digunakan pada Redmi 3/3S.

Memanglah Redmi 5 diberikan CPU kelas permulaan, tapi permainan seperti Mobile Legends, PUBG Mobile, dan Rule of Survival boleh dijalankan telefon ini tanpa sebarang masalah. Cumanya, grafik perlu direndahkan ke tahap minimum bagi meningkatkan frame rate semasa bermain.

Speaker mono pada bahagian bawah telefon agak kuat bunyinya. Ia terletak dalam jeriji sebelah kiri telefon.

Bermain memanglah seronok, tapi mengecas telefon ini agak leceh kerana ketiadaan pengecasan pantas. Blok pengecas yang diberkan memiliki spesifikasi 5V/2A ataupun boleh diterjemahkan kepada 10 watt. Ia belum cukup pantas dalam standard telefon moden masa ini.

Jika anda berminat dengan penanda aras sintetik, inilah hasilnya:


[nextpage title=”Prestasi Kamera & Kesimpulan”]

Kamera

Konfigurasi kamera belakang tunggal digunakan pada telefon ini. Anda menerima sebuah kamera 12MP dengan apertur F2.2. Untuk berswafoto pula, anda boleh melakukannya menerusi kamera 5MP dengan bantuan flash LED yang hadir bersamanya.

Pada asasnya, ia adalah sebuah kamera yang baik dalam pencahayaan yang cukup. Pembidik fokus pula sedang-sedang lajunya dan menghadapi masalah apabila berada dalam situasi malap.

Cuma pengalaman berkamera pada telefon Xiaomi sedikit rencat pada bahagian antara muka. Contohnya, Timer adalah satu mode khas pada MIUI. Hal ini bermakna, dalam mode manual, anda tak boleh menggunakan fungsi Timer.

Masalah ini memang sedia dihidapi oleh semua telefon Xiaomi yang menggunakan APP kamera hasilan mereka.

Berikut adalah beberapa sampel gambar daripada lensa Redmi 5:

Kesimpulan

Xiaomi Redmi 5 adalah sebuah telefon yang lengkap. Ia ada spesifikasi kelas bajet yang baik pada harga yang menarik. Terdapat dua varian Redmi 5 boleh dibeli dan ia dijual pada harga seperti berikut:

  • Redmi 5 (2GB+16GB) – RM499
  • Redmi 5 (3GB+32GB) – RM599

Mereka yang pasti berpuas hati dengan telefon ini adalah yang bukan daripada golongan power user yang sentiasa menolak potensi telefon mereka ke tahap maksimum. Redmi 5 lebih sesuai untuk kegunaan sehari-hari contohnya untuk berhubung dan bersosial.

Selain UI kamera yang agak kurang, mengecas bateri telefon ini juga agak mengecewakan. Tapi selain dua rungutan itu, Redmi 5 adalah sebuah telefon yang baik.

 

Tags: harga Xiaomi Redmi 5Mi Malaysiapelancaran Xiaomi Redmi 5review Xiaomi Redmi 5spesifikasi Xiaomi Redmi 5tempahan Xiaomi Redmi 5xiaomixiaomi malaysiaxiaomi redmi 5Xiaomi Redmi 5 malaysiaXiaomi Redmi 5 murah
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

[Reviu] Redmi 5 Peneman Setia Anda Yang Tak Banyak Songeh

[Reviu] Redmi 5 Peneman Setia Anda Yang Tak Banyak Songeh

11 April 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER